Saturday, November 21, 2009

Bintang-bintang di hamparan...

Gambar ihsan daripada shw.zura-azmi.fotopages.com

Sedang menunggu Pak di surau Isya tadi, perhatian ku tertarik oleh kerlipan bak bintang pada hamparan dewan solat tersebut.

Oh, ya! Pagi tadi berlangsung sebuah Majlis Ihtifal di sini. Pastinya ruangan tersebut dipenuhi makcik-makcik dan adik-kakak yang bergaya dengan baju kurung 'liplap' masing-masing.

Terimbau kembali kenangan di tempat kerja sekitar pertengahan tahun ini. Akauntan kami bergaya dengan baju 'liplap' pada hari tersebut. Kami dapati laluan bintang-bintang daripada meja beliau menuju ke setiap kawasan pejabat.

"Ini la buktinya saya bekerja encik!" balas beliau apabila diusik tentang perkara tersebut.

Ah, seronoknya bekerja dalam kumpulan yang serasi dan komited. Sampai bilakah mungkin ia berterusan?

P.S. Baju kurung tersebut tidak lagi kelihatan di pejabat selepas itu... :P

1 comment:

Rsnie_za said...

baju tu dah ilang kelipnye....mungkin sudah habis jasanya kot...hehe