Seperti biasa, bila ada waktu senggang yang sesuai, aku keluar rensyuu.

Berbekalkan kamera serta
lense 50mm, aku ke
One Utama. Suasana sambutan
Tahun Baru Cina cukup terasa.

Kalau raya kita dengan ketupat, pelita dan sebagainya, mereka ada bunga kekwa...

...ang pau, mangkuk tepen (
omputeh panggil tiffin carrier)...

...tang lung merah (
wajiiibbb!!!)...

...serta figura rimau dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Tahun ni kan tahun rimau...

Kucing = rimau, kaitan simbolik camni pun boleh pakai jugak rupanye.

Belah
new wing ada persembahan
Shao Lin. Tinggi betul diorang ni lompat.

Bagi yang berminat, kalau tak silap dengar,
show ulangan adalah Sabtu ni, 30 Januari pukul 8.00 malam.

Aku sangat rekemen
show ni untuk buat
rensyuu photography. Macam-macam
pose menarik ada!

Belah
old wing pulak ada persembahan akrobatik Cina.

Budak-budak yang buat
show ni jadi masih banyak
fumbling semasa persembahan sebab kurang mahir lagi.
Tapi
still cukup banyak aksi menarik yang boleh korang rakam di sini.

Malangnya aku tak dapat maklumat bila lagi
show ni akan diulang.
So kalau korang nak
try amik gambar seperti ni, jengok-jengok ler
One Utama hujung minggu ni.
Mana ler tau kot ada show lebih menarik ke...
2 comments:
dulu pernah tgk geng akrobat ni beraksi di Genting hihgland..
hebat nyaaaaaa! tukang ambik gambo berjaya bikin org yg tengok rasa benda hebat... so memasing HEBAT
Post a Comment