Wednesday, June 30, 2010

Cerita Pendek

Gambo hiasan sajork...

Sekali lagi dia menemui sekeping hati yang mampu untuk memenuhi jiwa kosongnya. Malangnya sekali lagi dia dapati bahawa hati itu telah dimiliki.

Sebagaimana yang terdahulu, hati yang ditemui itu telah lama berjauhan dari hati yang memilikinya. Namun mereka masih tetap bersama mempertahankan saki baki kasih sayang yang ada.

Sekali lagi dia memutuskan untuk menunggu. Menunggu dan terus menunggu. Sampai bila? Dia sendiripun tidak tahu.

Mungkin sehingga dia menemui sekeping lagi hati yang mampu memenuhi jiwa kosongnya yang juga berkemungkinan telah dimiliki.

Dia sedar inilah bahagian yang dia terima dari yang Esa. Mungkin kerana mencari jauh dari redhaNya. Namun hamba ini pasti yang Rabbnya paling mengenali dirinya.

Oleh itu dia redha dan terus sabar mencari dengan harapan yang dalam pencariannya, redhaNya itu akan ditemui kembali...

No comments: