Friday, May 20, 2011

Drama bersiri itu mengajarku...

Ma rajin mengikuti beberapa drama bersiri. Ada masa aku akan menemaninya menonton.

Salah satu daripada kisah yang Ma gemari adalah Dia Bukan Maryam.

Mengamati watak Sarah lakonan Eja, perasan benciku timbul.
Kudapati karakter inilah ibu segala konflik dan permasalahan yang dihadapi oleh orang di sekelilingnya.

Semuanya berpunca daripada niat Sarah untuk berbuat baik tanpa langsung memikirkan kesan tindakannya itu terhadap mereka yang menjadi penerima perbuatannya itu.

Aku sangat benci! Sikapnya itu sebenarnya mementingkan diri!
Tidak nampakkah dia apa yang telah dia lakukan terhadap orang di sekelilingnya?

Dan tiba-tiba aku tersentak, tersedar dari lenaku sendiri.
Bukan Sarah seorang sahaja yang tidak nampak...

...aku juga telah membutakan diri aku selama ini.

Awak
maafkan saya
kerana terlalu mementingkan diri...

Saya paksa awak terima perhatian daripada saya
tiap hari
tanpa mengira waktu
sepanjang beberapa bulan ini...

Perhatian yang tidak dipinta mahupun diperlukan.

Selama ini awak tenang sejahtera bermandiri dalam hidup awak sendiri.
Awak dah pun ada semua yang awak perlukan di sisi.
Apa yang saya buat sekadar menambah tekanan dalam hidup awak...

Awak
saya pasti rindukan awak
sangat-sangat
sentiasa...

Tapi saya tahu saya perlu kurangkan gangguan kepada hidup awak...

Walau apa pun terjadi
saya tetap ada di sini
untuk awak
di kala memerlukan

InsyaAllah...

3 comments:

NUke_Rude said...

hoh. my mom suka sgt tgk drama tu. hahaha.

Ri said...

mmg jenis citer yg target mak-mak sbg fan basenya :P

Snuze said...

Klu I tgk drama Melayu ke, Indon ke dgn my mother, gerenti I kena halau.

"Eh, awak ni banyak sangat komen. Pergilah duduk tempat lain. Tak aman Mama nak tengok cerita ni."

XD