Saturday, August 18, 2012

Di penghujung Ramadhan ini: Jalan-jalan

Ramadhan kali ni menyaksikan aku kesuntukan masa untuk melencer.

Biasanya aku akan ke beberapa pusat membeli-belah untuk merakamkan suasana serta rekabentuk hiasan dalaman terkini.

Aku sempat jengah Suria. Nampaknya Suria pasang semula rumah kampung yang dibina tahun lepas, cuma ubah decor aje... Masih kelihatan gah dan menarik!

Itu pun kebetulan sebab aku ada keperluan mendapatkan stok standby untuk 'mekap' yang hampir kehabisan...

...serta mengutip 3 naskhah manga yang dipesan daripada Kinokuniya (campur lagi satu manga, satu komik dan satu buku~melayang duit den!).

Walaupun begitu, hati aku agak terisi oleh telatah dan kehadiran P.

Dah lebih 2 tahun kami berkawan. Aku sendiri pun tak sangka sebab P ni jenis yang cepat bosan sedangkan aku adalah antara manusia yang agak membosankan juga...

Entah kenapa, kerap pula dia mahu berjumpa aku Ramadhan ni. Aku ambil gambar ni masa tunggu dia cucuk duit kat KL Sentral.

Mesti makcik jual emas tu heran tengok aku dok tertonggeng tiarap tepi gerai dia untuk cuba dapatkan shot ni :P

Kalau pasal jaga rupa dengan penampilan, si P ni memang tak boleh kalah! Tapi yang aku pelik dia lah juga yang paling mengelak kalau nak diambil gambar.

Aku sampai kena snap curi macam ni, baru la dapat kenangan keluar lepak dengan dia. Kat lens belah kiri tu boleh nampak P tengah pilih sun specs masa kami kat Jalan Masjid India.

Atau aku ambil apa-apa shot yang luar biasa semasa jalan-jalan dengan dia, "Bro, tolong kutip tangan aku jatuh..."

Semasa tunggu P try baju kat fitting room Parkson Bukit Bintang.

Gambar ni P yang ambil! :D Haha! Masa ni dia yang suruh orang ajar camne nak guna kamera aku tu tapi lepas tu dia naik segan dan terus berhenti.

Lintasan pejalan kaki berdepan dengan Stesen LRT Masjid Jamek pada hujung minggu terakhir sebelum eidulfitri.

Ketika ni, dia dan abangnya dah selamat sampai pun kat Kedah- alhamdulillah.

Panjang umur, murah rezki, harap dipertemukan lagi...

No comments: