Perlukah mengingat jasa
sedangkan itulah tujuan kami melantik kamu?
Perlukah membalas budi
sedangkan itulah hak kami setelah memberi mandat kepada kamu?
Terlalu banyak iklan yang tidak perlu!
Mengaman dan memakmurkan itu sememangnya tugas mana-mana pihak yang diberi kepercayaan.
Bukannya disebabkan kamu semata-mata timbul keamanan dan kemakmuran itu.
Semua itu
Allah yang beri.
Daripada itu, jadilah pemimpin yang Allah redhai...
P.S. Ini peringatan buat sebesar-besar pemimpin negara hingga ke sekecil-kecil ketua keluarga- sebab yang satu itulah asas yang satu lagi
2 comments:
biar pemimpin kita baca nih
sila berfikir
setuju sangat! itu tanggungjawab. takyala balas2 bagai.
Post a Comment