Sunday, September 09, 2012

Tak berniat...

Aku mungkin telah menyakitkan hati seorang kawan dan aku mahu dia tahu bahawa aku langsung tak berniat begitu...

Mungkin sifat wagamama (pentingkan diri) seorang anak tunggal aku terserlah dalam perbuatan aku itu.
Mungkin juga aku perasan sendiri dan ia langsung tidak melibatkan aku.

Cuma cili itu pedas bukan? Siapa yang makan pasti tahu.

Aku amat berterima kasih sebenarnya atas apa yang beliau luahkan. Ia membuat aku sedar. Ia menasihatkan aku.

Aku mahu jadi kawan yang baik untuk dia. Tetapi dalam keadaan sekarang ini, aku sekarang sedar mengapa aku mahu sangat berkawan dengannya walaupun pada asalnya tidak begitu.

Jadi aku harap dia dapat terus menulis, dapat terus berkongsi cebisan hidup beliau di alam maya ini, dapat segala sokongan serta nasihat yang mampu memberi semangat.

Daripada itu, maafkan Ri ya?

2 comments:

bukankosong said...

semua owg buat silap

dun wurry

aku tau beliau seowang yg baik & pemaaf

kih kih kih

FaizalSulaiman said...

setuju dengan bukan kosong.

InsyaAllah semuanya pasti kembali seperti biasa :)


senyum2, Ri!