Sunday, April 28, 2013

Tapi bukan aku...

Pada asalnya, saya mahu meluahkan segala-galanya di sini kerana terlalu kecewa.

AlhamduliLlah saya masih mampu bersabar dan kemudiannya memutuskan untuk mendiamkan diri.

Namun, perkara yang terjadi sangat berbuku di hati. Jika bukan pada blog ini, ke mana lagikah boleh saya luahkan?

Maka catatan ringkas ini terhasillah.

Saya memang sayangkan awak lebih daripada seorang adik, walaupun kurang daripada seorang kekasih.
Berkali-kali saya pernah beritahu awak begitu.

Awak tahu kenapa saya unjurkan agar kita mengenali satu sama lain dengan lebih baik sebelum kita beralih kepada perhubungan yang lebih serius?

Sebab saya hendak lihat kesungguhan awak.

Kalau awak boleh bertemujanji dengan yang lain sehingga sanggup pergi sendiri

~ke Damansara,

~bertemu di sebuah perhentian bas depan dewan sekolah di Klang,

~selepas meminta keluarga awak turunkan awak di entah mana di Shah Alam,

~menghadiri jamuan 'Eidulfitri di Serdang yang awak sendiri beritahu saya amat membosankan...


Kenapa dengan saya sentiasa ada halangan?

Sehingga dibawa bertemu oleh keluarga awak, barulah nampak depan mata?

Akhirnya awak telah memilih sekali lagi lalu menurut ke Senawang, rumah 'makcik' awak.

Tapi bukan saya yang awak turuti.

Sepanjang perkenalan kita, walaupun saya telah mengakui sayang pada awak lebih daripada seorang adik, ini kali kedua awak memilih yang lain.

Mungkin inilah yang lebih baik untuk awak. Saya terima seadanya.
Moga awak akan sentiasa sihat, selamat dan sejahtera serta berjaya dunia akhirat.

Bagi saya, cukuplah sampai di sini...

Terima kasih atas segalanya.

4 comments:

bukankosong said...

buat apa perhubungan kalau kita yg sentiasa mkn dalam

itu tidak adil

Snuze said...

Mengasihi tidak bermakna kita akan dikasihi ...

=P

i'm shin... i'm inesen said...

bila baca entri ni.. mcm terasa pengalaman sendiri plak.. xpe la ari.. semoga ikhlas la melepaskan.. baru rasa lapang.. semoga ada yak lebih baek menunggu..

Jakuone said...

sometimes to become selfish is the answer for happiness.

(S)He's happy because (s)he's selfish, now it's your time to do the same. :)