Thursday, May 23, 2013

Peringatan bagi diriku yang alpa

Hasrat aku untuk mencatatkan perkara ini dah tertangguh selama seminggu sebenarnya.

Pasti ada hikmahnya yang hanya Allah sahaja yang lebih tahu.


Aku telah dilanggar kereta pada hari Ahad minggu sebelumnya. Hanya sebilangan kecil yang aku maklumkan. Pada Mak Pak pun aku diamkan.

Mujur Allah qadakan aku selamat. Hardly a scratch on me. Cuma kaki kanan mungkin tergeliat sikit dan semakin terasa dari hari ke hari. Sakit itulah yang mengingatkan aku untuk menulis catatan ni.


Motorsikal aku la yang paling kesian dan teruk keadaannya. Kering gak dompet untuk pulihkan sebaik mungkin.

Apa-apa pun, tujuan aku nukilkan benda ni untuk ingatkan diri aku.
Kebelakangan ni banyak sangat aku tuang kerja. Juga banyak sangat cari... sesuatu.

Mesti cukup menimbun dosa aku serta kurang berkat gaji aku, maka Allah tunjukkan sedemikian rupa dan dengan pelbagai cara lagi.
Banyak sungguh duit aku lesap begitu aje bulan ni.

Moga aku dipinjamkan kekuatan untuk memenuhi seluruh amanahku walaupun dilanda apa jua dugaan yang mengocak ketenanganku...

P.S. Nah! Entry moto power yang ko nak, Wan ooii... Haha!

1 comment:

Snuze said...

OMG! Make sure you go to a good masseuse and get the leg fixed, darling. You don't want it to be causing you problems in the future.

*hugs*