Saturday, January 10, 2015

Langit

"I can see the sky...
birds are flying"

Hanya dengan bait lagu tersebut, dia berjaya memecahkan empangan kenangan serta perasaanku.
Dan ianya seperti tiada pernah ada jurang masa antara pertemuan dan persaudaraan kami.

Langkawi
kami datang!

"Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang hamba mengkuang layu
Dagang tuan dagang bertempat, dagang hamba menumpang lalu"

Sebagaimana aku menumpang padanya...

Apa-apa pun, kalian patut cuba mencari Warung Nasi Dagang Pak Malau ini, kalau tidak silap saya di Jalan Ulu Melaka menuju Makam Mahsuri.
Hanya dibuka dari pagi hingga jam 2.00 petang (Jumaat cuti), disamping menjamu selera atau sekadar minum-minum, suasana dan pemandangannya asyik sekali...

Penempatan di Pantai Chenang ini sangat berbaloi.
Moga kekal kualiti perkhidmatan mereka di masa-masa akan datang.


 Gunung Machinchang kini bawah pengurusan baru.
Banyak tarikan baru yang ditawarkan kepada pengunjung tapi buat masa ini, masih banyak kerja-kerja pengubahsuaian serta penyelenggaraan yang sedang berlangsung.


"Terbang
Terbang tinggi
Walau tanah di kaki kan ku cari langit"

 Pemandangan dari Warung Nasi Dagang Pak Malau.

Jika anda berhajat untuk mandi-manda dengan puasnya di Tanjung Rhu, silalah berkunjung semasa air pasang (biasanya antara pagi hingga tengahari).
Petang-petang begini, kalian boleh berjalan hingga setengah kilometer ke tengah laut dan air masih di paras pinggang sahaja.

 Pantai Chenang lebih sibuk dengan pelbagai aktiviti pantai.
Jika mahu bersukaria, inilah pantai yang lebih menyeronokkan.

Dengan sekelip mata, percutian kami berakhir.
3 hari 2 malam adalah terlalu suntuk tapi aku sangat hargai setiap detik yang berlalu.

Terima kasih ...



2 comments:

bukankosong said...

sewonokkk

pergi sensorang ke?

Ri said...

temankan member sorang ni, rashid.
dah lama betul berjauhan dr dia, akhirnya lps juga rindu :)