Sunday, October 02, 2005

Picisan atau bukan picisan?

Sesi Diablog yang terakhir untuk tahun 2005 bertempat di Rumah Pena membincangkan tentang 'blog picisan'. Ahli panel terdiri daripada Encik Notakaki, Tok Rimau dan juga Cik Easy yang telah lama MIA daripada sebarang gathering Geng Jurnal.

Aku bukanlah ahli dalam bidang bahasa mahupun dalam bidang weblog yang baru kuceburi ini, namun kurasakan hujah-hujah ahli panel, walaupun mengena tetapi did not hit the nail exactly on its head.

Aku rasa lontaran pendapat Encik Basri (Juara Juring) ketika sesi diskusi penutup adalah lebih tepat. Kata-kata beliau yang paling aku ingati bermaksud lebih kurang begini,

"Aku mengakui bahawa blog aku blog picisan- So what?!!"

Siapakah yang menentukan picisan atau tidak? Notakaki ada menyatakan bahawa blog yang mengaruh kepada kemungkaran boleh dikategorikan sebagai blog picisan. Tidak semestinya! To those people, the blog is his/her way of making his/her stand. Memang salah, tetapi salah bukan bererti topik yang diketengahkan itu picisan (walaupun memang ada yang picis sepicis-picisnya!).

Aku separa bersetuju dengan pendapat Cik Easy bahawa di peringkat kebangkitan penulisan di Malaysia sekarang ini, sekadar berusaha untuk menulis mengenai apa jua topik tidak boleh dianggap picisan. But then, I may be biased sebab dengan siapa lagi aku menumpang untuk menghadiri Diablog ini kalau bukan dengan Cik Easy? Heheheh…

Apa-apa pun, ini hanyalah pendapat aku. Kalian bagaimana pula?

Thursday, July 07, 2005

Aku berjaya!

Nampaknya usaha aku untuk mengelakkan tidur selepas Subuh (masuk minggu ketiga) dah menampakkan hasil! Alhamdulillah!

Gaji aku yang selama ni terasa ala-ala cukup makan (of course part of it pun sebab kekadang aku gatal makan kat tempat yang class gak reganya) bulan ni lebih dari cukup. Dah tu siap ada member tepon bagitau nak bayar balik hutang. Memang terasa luas skit le pintu rezeki dalam apa hal pun berbanding sebelum ni.

Tang tido lepas Asar tu lak aku bole bagi komitmen 75% je. Kalau dah time wirid lepas solat Asar tu sah-sah aku tersengguk (kekadang tengah solat pun bole tersengguk!), aku pun bantai le short nap dalam 30-40 minit camtu. Kalau bole tahan aku sengkang mata. Tengok keadaan gak le. Tapi nak dibandingkan dengan dulu aku tido tiap-tiap petang lepas balik keja, kira okay le ni.

Kesan positif dia lak tak dapat nak dipastikan. Almaklumlah aku ni memang dah jenis gila-gila skit dari time aku muda-muda dulu kan (aiyoo, tua benor ke kita ni Easy? Ahaks!), so tak dapat nak bezakan sangat.

Entah le… aku tau aku rasa makin sihat! That’s the whole point anyway!

Sunday, June 26, 2005

Ghaib tapi ada...

Aku jaki dengan kehidupan karakter-karakter dalam manga XXholic karya C.L.A.M.P. Mereka sedar akan kewujudan makhluk-makhluk ghaib di sekeliling mereka malah ia menjadi sebahagian daripada hidup mereka. Dengan itu, mereka sentiasa mengambil apa-apa langkah yang patut untuk mengelakkan daripada diganggu dan dikuasai makhluk-makhluk ini (bila ada yang berniat jahat camtu ler…).

Most people dalam masyarakat kita sekarang ni tak sedar atau tak hiraukan influence jin dan syaitan yang berada di keliling kita (and make no mistakes about it, their influence is HUGE!). Therefore, kebanyakan kita tak mengambil apa-apa langkah to counter that influence. Contohnya menjaga solat dan meningkatkan amal ibadat. Gaya kehidupan pula terlampau non-Muslim in character, sometimes even sampai hilang budaya Timur tu.

Tapi bagi segolongan masyarakat, bila part-part nak mak esahkan orang ni cepat aje kan? Lawan tak mau, lagi digunakan pulak jin dan syaitan tu adanya! Dengkinya manusia ni…

Aku tertewas!!!

Ya, tuan-tuan dan puan-puan (so far belum ada lagi mana-mana orang kenamaan yang perlu aku Dato’ Datinkan sebelum korang), aku telah tewas di permulaan! Begini ceritanya…

Awal minggu ni, aku dah berazam untuk mengubah sikit jadual kehidupan aku. Rasanya kali ni aku sudah cukup kuat untuk melaksanakannya. Pernah dengar kata-kata berikut?

Tidur selepas Subuh mewarisi kepapaan.
Tidur selepas Asar mewarisi kegilaan.


Oleh itu, aku cadang untuk ubah sikit (Erk? Kira sikit ke?) tabiat aku. Kalau dulu aku biasa tido lambat, bangun Subuh tika azan berkumandang dan sambung tidur sebelum sampai waktu pergi keja. Petang pun aku akan tidur selepas selesai Asar bila balik dari kerja (penat keja siolll…).

Sekarang ni pula aku usaha untuk tido malam selewat-lewatnya kul 1.00, bangun Subuh lewat sikit (dalam kul 6.30 pagi supaya cukup tido, harapnya le… aku ni jenis perlu masa tido panjang skit kalau tak nak jadi zombie) dan terus bersiap untuk pergi kerja. Petang aku buat senaman ringan dengan harapan dapat berjaga lepas Asar. Sebagaimana Ustaz berpesan, sesuatu perkara tu kena buat at least 40 hari supaya boleh menjadi kebiasaan dan sebati dengan diri.

Malangnya Khamis petang yang baru lepas, aku rasa letih sangat bila sampai rumah so aku cadang untuk baring kejap melepaskan penat sebelum solat. Nah! Aku solat Asar kul 7.00 petang tu sebab tertido! Dan petang semalam lak aku terlajak tido dari lepas Zohor, dalam kul 3.00 camtu, sampai 6.50! Adoo!

Apa-apa pun, disiplin tido awal dan tak sambung tido lepas Subuh berjalan lancar sepanjang 6 hari. Mebbe aku akan concentrate on that dulu and buat yang sebaik mungkin part tido lepas Asar tu. Anyway, 4 out of 6 masih okay kan? Ahaks!

Saturday, June 18, 2005

Mencari Mimpi

Lingkungan warna-warna indah
Biar seketika
Pelangi di langit yang muram
Mengasyikkan
Sejenak membiarkan diri melayani hati
Mencari mimpi-mimpi indah… sia-sia
Seumpama pengembara terpedaya
Kerana mimpi hanya mimpi


Senilagu oleh Manan Ngah
Senikata lagu oleh Habsah Hassan
Dendangan Azlina Aziz (I just loooovvve her vocals!!!)

This is a beautiful song.

However, there is nothing wrong with having a dream. It can be your goal and it can give you the strength to achieve it. There is a danger though in being a dreamer because you might lose your sight on reality.

I almost did. That was back then and partly due to the other ones who were inside me. But that is another story…

Currently, believe it or not, I’m on my way to achieving one of my dreams, so dreams do come true. Therefore, dear readers, if you have a dream that you feel is really worth fighting for, stick to it and never give up. Hear?