Sunday, October 02, 2005

Picisan atau bukan picisan?

Sesi Diablog yang terakhir untuk tahun 2005 bertempat di Rumah Pena membincangkan tentang 'blog picisan'. Ahli panel terdiri daripada Encik Notakaki, Tok Rimau dan juga Cik Easy yang telah lama MIA daripada sebarang gathering Geng Jurnal.

Aku bukanlah ahli dalam bidang bahasa mahupun dalam bidang weblog yang baru kuceburi ini, namun kurasakan hujah-hujah ahli panel, walaupun mengena tetapi did not hit the nail exactly on its head.

Aku rasa lontaran pendapat Encik Basri (Juara Juring) ketika sesi diskusi penutup adalah lebih tepat. Kata-kata beliau yang paling aku ingati bermaksud lebih kurang begini,

"Aku mengakui bahawa blog aku blog picisan- So what?!!"

Siapakah yang menentukan picisan atau tidak? Notakaki ada menyatakan bahawa blog yang mengaruh kepada kemungkaran boleh dikategorikan sebagai blog picisan. Tidak semestinya! To those people, the blog is his/her way of making his/her stand. Memang salah, tetapi salah bukan bererti topik yang diketengahkan itu picisan (walaupun memang ada yang picis sepicis-picisnya!).

Aku separa bersetuju dengan pendapat Cik Easy bahawa di peringkat kebangkitan penulisan di Malaysia sekarang ini, sekadar berusaha untuk menulis mengenai apa jua topik tidak boleh dianggap picisan. But then, I may be biased sebab dengan siapa lagi aku menumpang untuk menghadiri Diablog ini kalau bukan dengan Cik Easy? Heheheh…

Apa-apa pun, ini hanyalah pendapat aku. Kalian bagaimana pula?

No comments: