Friday, October 14, 2005

Khutbah Jumaat

Khutbah hari ini membawa khabar tentang Masjidil Aqsa. Kebanyakan berita itu aku tahu tetapi haqiqatnya aku masih belum sedar. Maka kali ini ingin aku menyumbangkan secebis seruan demi perjuangan itu.

Wahai saudaraku mukminiin dan mukminaat sekelian, Masjidil Aqsa diancam keruntuhan.

Kemungkaran sebaik-baiknya ditegah dengan segala kudrat yang ada. Atau penentangan dilaungkan lantang kepada seisi dunia agar bangkit bersama menegahnya. Tapi aku sedar takat mana keberanian yang dijana oleh imanku ini. Sekadar menggoncang penumbuk dari dalam ruang hatiku yang kerdil ini.

Namun kita harus ingat, hati inilah yang mampu memanjatkan doa dan doa itulah senjata seorang mu’min. Oleh itu, saudara saudari sekelian, marilah kita bersama mengangkat senjata, niatkanlah-

Untuk keselamatan Masjidil Aqsa, agar dilindungi daripada penzaliman sekelian makhluq

Untuk kejayaan para mujaahid yang berjuang demi mempertahankan Islam di seluruh alam


Amiin ya Rabbal-‘aalamiin

No comments: