Kisah berlaku pada awal tahun 2004 ini di salah satu kaunter di ofis aku.
Beliau datang dari kejauhan sana lantas terus tertegak di depan kaunter. Para pelanggan yang sedang beratur terkebil-kebil memandang Beliau dengan penuh tandatanya.
Makcik yang mengumpul borang pesanan di kaunter terus menegur Beliau dengan sopan,
“Encik, untuk menghantar borang perlu mula beratur di sana,”
“Awak tak kenal saya siapa?” Beliau bertanya penuh hairan.
“Maaf encik,” jawab Makcik, jujur, “Memang saya tak kenal,”
Dengan nada agak marah beliau membalas,
“Sayalah XXX! sayalah YYY di ZZZ!”
(In other words, I’m Someone Important. Serve me immediately or else…)
Oh, puh-leeeez!!!
Terbayang-bayang aku akan kisah seseorang. Pernahkah anda mendengar frasa ‘Arab yang yang berikut- “Ana rabbukumul a’laa…”?
Begitukah sikap seorang kakitanga awam yang berpangkat? Bagaimana ia boleh terjadi?
Sedangkan tugas seorang kakitangan awam adalah untuk berkhidmat kepada rakyat.
To do that, you need to be humble! How else can you put yourself in the rakyat’s shoes? It’s really difficult to hear what the rakyat is telling you when you’re sitting high up in that cushy office of yours.
Jadi tolonglah kakitangan awam sekelian, betulkanlah niat bekerja anda!
Perbaikilah sikap anda!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment