Aku dan Didi telah menghadiri satu majlis dinner di Mandarin Oriental. Memang Didi adalah temanku yang paling cocok untuk pergi makan-makan. Menu malam itu merupakan Western style buffet. Namun entah mengapa, ada pula disediakan nasi putih untuk dimakan bersama-sama pelbagai hidangan barat yang ada.
Sebagaimana lazim, aku dan Didi terus menuju ke kaunter yang paling kurang sesak pada masa itu supaya kami boleh segera menikmati makanan. Akan tetapi, tidak sebagaimana lazim, Didi mengambil kuantiti yang kurang berbanding aku.
“Kau okay ke?” Aku bertanya risau.
“Biasa je…” balas Didi selamba.
Untuk course yang seterusnya, kuantiti makanan yang Didi ambil masih jauh berbeza berbanding timbunan makanan aku. Malah untuk course berikutnya, Didi telah berhenti makan lebih awal daripada aku.
“Kau diet ke?” aku mengagak.
“Takde lah! Aku dah kenyang,” pantas Didi menjawab.
Majlis hampir selesai. Semua makanan yang ada telah pun kami jamah*.
(*sila baca sebagai ‘lantak’)
Waiter yang melayani meja kami terus meletakkan set cawan di atas meja lalu bertanya dengan sopan,
“Coffee or tea, sir?”
Aku memilih teh, sementara Didi pula meminta secawan kopi. Aku terus meminta kepastian,
“Eh, kau ni tengah diet ye?”
“Mana ada. Biasa je lah, macam selalu,” Didi menegaskan.
Aku masih tak puas hati dengan jawapan Didi. Namun aku membiarkan sahaja lantas mengacau sepeket gula ke dalam teh aku. Sedang aku masih tertanya-tanya akan perubahan sikap Didi, tiba-tiba aku dapati Didi mencapai sepeket Equal untuk dibancuh ke dalam kopinya.
“Aik? Betul ke tak diet Didi oiii…??!”
Didi tergelak geli hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment