Tiba je time Raya Cina, pasti terdengar rungutan pasal bunga api dan mercun, selalunya dari golongan Melayu (Muslim) kita ni lah. Memekak je time orang nak masuk tido- gitu le lebih kurang general opinion yang ada. Tapi kita kena akui, Raya Cina setahun sekali. Bising yang mengganggu tido tu pun biasanya hingga takat hari ke 15 Raya Cina aje.
Saya ingin highlightkan di sini satu perkara yang sering dilupai orang kita adalah time Aidilfitri pun ada gak main bunga api dan mercun (kadang-kadang Aidiladha sekali). Dan lagi satu perkara yang kita lupakan atau mungkin kita tak sedar ialah mengenai Azan, terutamanya time Subuh.
Saya sendiri pun tak perasan perkara ni kerana sebagai seorang Muslim, Azan tu sesuatu yang indah dan biasa. Langsung tiada perasaan terganggu ketika mendengarnya malah jiwa lebih tenang. Namun berdasarkan satu perbualan that I overheard among non-Muslims, diorang menganggapnya sebagai suatu gangguan, especially kalau rumah diorang kebetulan berdekatan surau atau masjid.
Pasti kita sebagai Muslim terasa tercabar dengan statement begini sebab Azan adalah hak kita dalam beragama, tapi cuba kita renung sejenak. Kalau mereka boleh tolerate Azan (terutamanya time Subuh yang sering mereka dakwa menyebabkan tido mereka terganggu) tiap-tiap hari, mengapa kita tak boleh tolerate bunyi bising keraian mereka yang datang sekali setahun itu? In fact, we should be able to accept it better than them sebab kita Muslim. Kita ada konsep sabar dan konsep menghormati jiran. Mengapa perlu merungut? Saya betul-betul kurang faham…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ri, I like this topic. Our perception towards 'bunyi mercun waktu sembahyang @ azan' would change if we live in a non-muslim country where we could hardly find masjid there.
Post a Comment