Sunday, June 26, 2005

Aku tertewas!!!

Ya, tuan-tuan dan puan-puan (so far belum ada lagi mana-mana orang kenamaan yang perlu aku Dato’ Datinkan sebelum korang), aku telah tewas di permulaan! Begini ceritanya…

Awal minggu ni, aku dah berazam untuk mengubah sikit jadual kehidupan aku. Rasanya kali ni aku sudah cukup kuat untuk melaksanakannya. Pernah dengar kata-kata berikut?

Tidur selepas Subuh mewarisi kepapaan.
Tidur selepas Asar mewarisi kegilaan.


Oleh itu, aku cadang untuk ubah sikit (Erk? Kira sikit ke?) tabiat aku. Kalau dulu aku biasa tido lambat, bangun Subuh tika azan berkumandang dan sambung tidur sebelum sampai waktu pergi keja. Petang pun aku akan tidur selepas selesai Asar bila balik dari kerja (penat keja siolll…).

Sekarang ni pula aku usaha untuk tido malam selewat-lewatnya kul 1.00, bangun Subuh lewat sikit (dalam kul 6.30 pagi supaya cukup tido, harapnya le… aku ni jenis perlu masa tido panjang skit kalau tak nak jadi zombie) dan terus bersiap untuk pergi kerja. Petang aku buat senaman ringan dengan harapan dapat berjaga lepas Asar. Sebagaimana Ustaz berpesan, sesuatu perkara tu kena buat at least 40 hari supaya boleh menjadi kebiasaan dan sebati dengan diri.

Malangnya Khamis petang yang baru lepas, aku rasa letih sangat bila sampai rumah so aku cadang untuk baring kejap melepaskan penat sebelum solat. Nah! Aku solat Asar kul 7.00 petang tu sebab tertido! Dan petang semalam lak aku terlajak tido dari lepas Zohor, dalam kul 3.00 camtu, sampai 6.50! Adoo!

Apa-apa pun, disiplin tido awal dan tak sambung tido lepas Subuh berjalan lancar sepanjang 6 hari. Mebbe aku akan concentrate on that dulu and buat yang sebaik mungkin part tido lepas Asar tu. Anyway, 4 out of 6 masih okay kan? Ahaks!

1 comment:

Anonymous said...

That's what people say Practice Makes Perfect :-) Satu lagi, perlu ke u tido sampai pukul 1 pagi? Perhaps u should look into that aspect as well? There's an English saying "Early to bed, Early to rise, makes a man healthy, wealthy and wise".. so, try sleep early la pulak..