Monday, June 06, 2005

Bau apakah ini?

Pintu tandas lelaki di tempat kerja aku hampir setentang dengan pintu bilik rehat staf- dirintangi oleh koridor dan selisih dalam setengah kaki sahaja.

Walaupun agak pelik, hakikatnya seluruh pelusuk tandas lelaki tersebut berbau seperti makanan! Apa hidangan utama di bilik rehat pada hari itu, itulah juga bau tandas kami. Andai kata yang dihidangkan adalah laksa, laksa jugalah baunya dalam tandas itu.

Cuma dalam kes-kes tertentu sahaja bau yang ‘sepatutnya’ mengatasi aroma keenakan makanan yang ada dan hasilnya amatlah menjijikkan. Tapi sepatutnya begitukah? Adakah bau hancing, bau najis atau bau rokok itu yang sepatutnya dalam sesebuah tandas? Tidak juga!

Oleh itu, marilah kita menjaga kebersihan tandas awam kita bersama-sama walau di mana jua kita berada kerana peradaban dalam tandas itulah antara perkara yang boleh dijadikan cermin peribadi dan sikap kita sebagai seorang insan.

1 comment:

Anonymous said...

Haru juga nak makan kalau bau dari tandas agak kurang enak.. mmmm.. hopefully your male colleagues are well trained in toilet etiquette huh.. :-)