Mata ku mengekori Wira berplet WJH7743 itu sehingga ia hilang ditelan selekoh. Adakah Dia akan hilang dari hidupku semudah itu juga?
Begitu ceria Dia melayanku senja tadi, beserta senyuman dan lawak jenakanya. Berbeza sungguh dengan sikap acuh tak acuhnya semasa aku datang beraya ke rumahnya pertengahan November lepas sehinggakan sikapnya itu ditegur oleh bapanya.
Tetapi itulah Dia: ada kala hangat dan ada kalanya sedingin salju. Walaubagaimanapun keadaannya, aku sudi menerima Dia seadanya kerana dia adalah Dia.
Aku akui, Dia memang teristimewa bagiku: sukina-hito, taisatsuna-hito, kalau mengikut istilah Jepun. Sayangku terhadapnya tidak marak menyala sebagaimana dengan cinta pertamaku mahupun cinta terakhirku. Namun ia kekal membara hingga kini, menghangatkan suasana.
Sejak kami bersama-sama mula mengharungi tahun SPM, telah kusedari bahawa Dialah insan yang bakal aku cintai sehingga akhir nanti walaupun ketika itu bukan sedikit bilangannya yang mencuri perhatianku.
Walau jelas kuketahui perasaanku kepadanya, perasaannya terhadapku begitu kabur. Seperti kaum sejenisnya yang lain, Dia begitu pandai memendam rasa. Namun apabila kuperhatikan interaksinya bersama keluarga, aku tahu Dia mampu mempamerkan kemesraan walaupun Dia begitu reserved apabila bersamaku. Kadangkala timbul juga kemesraan itu dalam layanannya terhadapku dan selalunya pada masa yang amat tidak kusangka. Saat-saat begitulah yang amat berharga bagi diriku.
Tapi kenapa kini baru ingin kunukilkan semua ini?
Kerana Dia kini telah ditunangkan dengan insan pilihan ibubapanya. Kerana Dia akan memulakan kehidupan rumahtangganya pada pertengahan tahun 2006 yang akan datang ini.
Telah hampir muktamad kini yang Dia tidak akan menjadi milikku walaupun telah kuketahui hakikat ini dari awal perhubungan kami. Giliranku untuk menyembunyikan rasa telah tiba.
Zahir kau lihat bukan segala-gala
Bibir tersenyum menutup jiwa yang duka
Namun begitu, aku tetap gembira untuk dirinya. Semoga bertambah ceria hidupnya dan terhindar dari kesunyian yang abadi sebagaimana yang kualami. Aku akan sentiasa mendoakan Dia bahagia dunia akhirat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
...it is better to have loved and lost than never to have loved at all?
- Joan Jett and the Blackhearts
I feel for you, love, although not as a first-hand kind of emotion. I admire you for being brave enough to love, so completely and for so long. I don't think I have that kind of courage; the price to pay for failure is too high.
Imam Malik used to say, and I'm paraphrasing here, "Only love Allah, since He is Everlasting, other things and persons are impermanent and will leave you one day." That is a good way to keep your heart safe and protect yourself from pain, but you will also lose out from ever understanding the joy that Allah gifts of love.
The heart will recover, darling. Just try to keep the good memories alive. The pain will fade in time, its' sharpness recede. That too is a gift from Allah, a gift of emotion and feeling.
Post a Comment