Saturday, February 04, 2006

Haruskah Kuterus...?

Nikmat itu satu ujian. Allah mahu melihat sama ada kita akan tetap ingatkanNya atau tidak. Sekali lagi pintu harapanku diketuk.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Menjalin persaudaraan itu suatu yang sukar bagi seorang aku lantaran terlalu banyak kenangan pahit yang merantai jiwa.

Aku ini seorang yang mudah menyayangi seseorang, terutamanya jika orang itu menunjukkan bahawa dia juga mengambil berat terhadap diriku. Cuma aku yang kurang pandai menilai sama ada ia benar-benar ikhlas atau sekadar lakonan.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Semua kawan yang mendampingiku kini bukan benar-benar mengambil berat akan diriku. Manakala semua sahabat yang benar-benar mengambil berat tentangku kini tidak mampu untuk mendampingiku.

Akulah kawan yang dicari pada masa mereka susah. Namun aku sering dilupakan pada masa mereka senang. Aku redha dengan keadaan itu kerana pasti ada hikmah aku diketepikan sebegitu.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Aku tak rela dipergunakan lagi kerana sebuah harapan. Aku tak rela terkorban jiwa dan raga lagi disebabkan sebuah harapan. Tapi peluang itu datang begitu jarang sekali.

Apai pernah memberitahu aku yang aku ini terlalu banyak memikirkan sesuatu yang belum pasti sehingga aku mengabaikan nikmat yang ada di hadapan mata.

"Just enjoy the moment…” katanya.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Kali ini pasti akan kusematkan nasihat Apai itu dengan kejap di dalam hati ini agar dapat aku hargai setiap saat nikmat yang Allah pinjamkan padaku sebelum ianya ditarik kembali.
Kanarazu!

2 comments:

cik easy said...

Bak kata seorang jurufoto professional pada aku.. "there's no such thing as a perfect picture..the onlye perfect thing is the MOMENT itself.."
Enjoy your moment before it fade away ehehehheheh...

Anonymous said...

Pain is so close to pleasure ...
Freddy Mercury

Without the potential pain, would we ever appreciate pleasure? If all is safe and easy, would we enjoy it as much?

Getting out of our comfort zone is a real challenge. Chancing getting kicked in the teeth needs courage.

At the end of the day ... are you alive?