Penghapus dosa
Keampunan
Kasih sayang Allah terhadap hambaNya
Setiap cubaan, setiap dugaan, setiap ujian
Yang kita hadapi
Itulah dia sebenarnya
Aku kagum dengan kekuatan Abang Apai
Yang sudi mengundang cabaran hidup
Ketika keadaan terlalu lapang dan senang baginya
Kerana takut Allah telah melupakannya
Kerana takut Allah tidak sayang lagi kepadanya
Aku belum sekuat itu
Masih merintih didepani halangan
Buntu mengaburi segala
Di manakah jalan keluar?
Namun mutiara kurniaan Ustaz
Ku genggam erat
Buat penenang jiwa
Terus berusaha
Abaikan putus asa
Kerana penyelesaian itu pasti ada…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Mungkinkah Yang Maha Agung itu melupakan hambaNya? Bukankah Dia Yang Maha Berkuasa, lagi Maha Mengetahui?
Food for thought all right.
weiii update laa deiii!
Post a Comment