Ahaks! Pelik sekali!
Aku merasa agak hiba ketika mahu meninggalkan tugas sebagai pengganti di seksyen yang paling aku benci.
Semuanya disebabkan dua perkara: perkenalanku dengan seorang ‘budak baik’ yang baru memulakan tugas di situ dan perkenalanku dengan sahabat kepada salah seorang pelanggan di seksyen tersebut.
Budak Baik berasal dari Kuala. Matanya yang coklat itu begitu mengingatkan aku kepada Pak Lang yang juga berasal dari tempat yang sama.
Dia bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di mana-mana universiti tempatan. Namun harapan tersebut masih begitu samar baginya disebabkan kebanyakan tawaran menetapkan diploma sebagai syarat utama sedangkan beliau hanya berkelulusan STPM.
Ini tahun kedua dia memohon untuk mendapatkan tempat di menara gading. Aku doakan kejayaannya dan aku juga mendoakan agar iman serta peribadinya akan tetap utuh, malah agar dia sentiasa berada dalam Rahmat dan Redha Allah sehingga Akhir nanti.
Yang seorang lagi bagaimana? Aku belum berpeluang lagi mengenalinya dengan lebih dekat. Namun apa yang sudah kuketahui mengenai tugasnya cukup membuatkan aku gusar. Dapatkah aku menyesuaikan diri dengannya?
Pergerakanku begitu terbatas sedangkan dia pasti perlukan kebebasan untuk menjalankan tanggungjawabnya. Mungkinkah serasi persaudaraan kami ini? Aku berserah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Tak kenal maka tak cinta. Allah SWT meletakkan rahmat di tempat yang tidak disangka2. Keep your eyes and mind open, love, so you'd never miss out on the diamonds on the road.
askum.... rie... setiap apa yang berlaku setiap perkenalan dan pertemuan e2 adalah kehendak dan ketentuan dari NYA... shah tak tahu siapa yang rie maksudkan dlm blog rie nie. tapi yg pasti shah dapat rasakan shah lah orgnya... apa2 hal pun shah memohom maaf atas kealpaan shah dalam perhubungan persaudaraan kita. entahlah rie. shah sebenarnya cukup selesa berkawan dengan rie. kerana apa? kerana rie cukup memahami diri shah. iya... walaupun kita baru berkenalan n berjumpa takat 2 kali jer... shah bersyukur, sekurang2nya shah dapat melihat diri rie yg sebenar... ap2hal pun shah harap perhubungan kita tak bernokta kat sini. n thanks kerana perkenalkan lagu soundtrack 9 naga tu. superb. cam ada kena mengena dgn kita jer? hehehehhehehe
Post a Comment