Bulan Jun yang penuh kesepian.
Esok Budak Baik akan meraikan hari lahir kekasihnya. Tulat WJH7743 akan bernikah dengan suri pilihan orang tuanya.
Petang semalam aku mohon untuk berjumpa dengan WJH7743. Rezki aku ada maka dia pun bersetuju. Mungkin ini kali terakhir aku dapat lepak berdua dengannya begini.
Malam semalam aku mohon untuk bersembang dengan Budak Baik. Sekali lagi rezki aku murah maka dia dapat melayan aku berbicara. Mungkin dia dapat mengisi kekosongan tempat WJH7743 dalam hidup aku.
Aku sering terasa guilty sebab menggunakan mereka berdua ini sebagai emotional crutches aku. Sebab hati mereka milik insan lain.
Namun pilihan aku terhad. So far, hanya mereka berdua yang sudi melayan aku seadanya tanpa banyak soal.
Lusa aku akan bertolak ke Langkawi menaiki keretapi malam. Sendirian. Didi dan Abang Li terikat dengan kerja. Mungkin mereka menyusul, mungkin tidak.
Bulan Jun yang penuh kesepian…
Wednesday, May 31, 2006
Thursday, May 18, 2006
Siapakah wanita itu?
Nita jeles ngan aku.
Spot check yang dibuatnya pada handset Cik Easy mendedahkan suatu sms yang amat mencurigakan. Dalam fikirannya ligat memikirkan siapa yang telah tersangkut dek ketampanan lakinya itu (uwekks!) dan pantas memanggilnya ‘ayang’.
Aku feeling womanz sebentar.
Aku gelak sorang guling-guling. Aku caras Nita. Takkan le ngan aku pun nak jeles kot? Rupanya Cik Easy yang pelik itulah punya angkara. Sapa suruh ko simpan number aku pakai nama blog aku? Berapa kerat je le audien aku kat sini yang kenal nama tu.
Biar Cik Easy merasa untuk sehari- ‘tamparan wanita’. Muahahaha!

Sunday, May 14, 2006
Telempathy
Rasa rindu sangat ngan Budak Baik sejak ‘asar tadi. Teringin nak hantar sms kat dia tapi rasa macam tergedik lak. Alih-alih dekat ‘isya camtu dia yang sms aku, nak ajak kuar lepak.
Biasanya kalau aku tetiba rindu sangat kat seseorang tu memang tanda orang tu pun tengah ingat sangat kat aku gak. Baik Abang Imam, baik Apai, baik Sham. Ia sentiasa tepat, walau betapa aku meraguinya masa zaman aku muda-muda dulu.
Nampaknya kebolehan aku yang ni masih berfungsi, cuma aku je yang dah lose faith akibat peristiwa antara aku ngan Shah. Biarkan le…
Masa untuk bina kembali keyakinan aku.

Saturday, May 13, 2006
Cerita Malam Ahad
Luar jangkaan. Shook penuh malam ni sempena Mother’s Day. Hampa sekali.
Receptionist di JW Marriot mencadangkan CafĂ© di Tingkat 6, tapi…
Beef stroganoff = daging masak kicap
Chicken cacciatore = ayam masak merah tak letak gula
Gini ke standard makanan kat Marriot? Dua kali hampa.
Mujur waiter kami, seorang warga KL dan Pramana dari Bali, melayan kami dengan mesra sekali. Mungkin juga sebab takde orang lain untuk dilayan time tu, ahaks!

Saturday, May 06, 2006
Linger...
Is that the way we stand?
Were you lying all the time?
Was it just a game to you?
But I’m in so deep
You know I’m such a fool for you
You got me wrapped around your finger
Do you have to let it linger?
Do you have to? Do you have to?
Do you have to let it linger…?
Were you lying all the time?
Was it just a game to you?
But I’m in so deep
You know I’m such a fool for you
You got me wrapped around your finger
Do you have to let it linger?
Do you have to? Do you have to?
Do you have to let it linger…?
Friday, May 05, 2006
Kala Senja
Lalu di lobi hospital Maghrib tadi.
Kelihatan seorang pakar psikiatri berpakat bersama sekumpulan staf sekuriti untuk menangkap seorang pesakit ketika dia sedang dilekakan dengan perbualan oleh seorang lagi doktor.
Drama tersebut berlaku sekelip mata. Memang pesakit tersebut langsung tidak melawan, sekadar menudingkan jari yang menuduh ke arah doktor perempuan yang melayannya bersembang tadi. Dia dibaringkan di atas katil lalu dibius dengan penenang.
Aku hanya mampu memandang sayu ketika dia dibawa pergi. Aku kenal pesakit tersebut. Dia salah seorang daripada kami. Aku bersyukur kerana masih dikurniakan kekuatan dan keimanan untuk menjauhkan aku daripada menjadi sebegitu rupa.
Namun cukup aku sedari bahawa antara aku dan dia hanyalah sehalus-halus garis pemisah…

Subscribe to:
Posts (Atom)