Monday, August 27, 2007

Dunia batinku...

Awal perkenalan kami, aku telah menujukan lagu ini kepada Budak Baik.

Waktu itu bulan Ramadhan dan ketika itu aku sedang membonceng motor bersamanya dalam perjalanan pulang dari majlis berbuka puasa. Bersama kami mendendangkannya untuk menceriakan suasana. Sejuk angin malam hapus dalam senyum tawanya yang riang.

Kemungkinan kini, akhirnya dia mengerti makna lagu ini…

Selalu ku bayangkan
Bagaimanakah agaknya rasa di tempatmu
Di samping kekasih yang membelai hati dan perasaanmu, oh kawanku…

Malu ku nak cerita
Kerana ku tak mahu kau sampai baca rahsiaku
Biarlah tak siapa yang tahu gejolak di dunia batinku

Zahir kau lihat bukan segala-gala
Bibir tersenyum menutup jiwa yang duka
Zahir kau lihat hanya antara lapis
Mataku sinar bergenang tangis

Memang nasib pencinta
Kerap terhenti di simpang hidup rindukan cahaya
Sang kasih yang setia
Sang kasih yang amat sempurna cintanya

Biarlah tak siapa yang tahu
Gejolak di dunia batinku

Zahir kau lihat bukan segala-gala
Bibir tersenyum menutup jiwa yang duka
Zahir kau lihat hanya antara lapis
Mataku sinar bergenang tangis


Demi cinta yang benar...

No comments: