Sunday, September 21, 2008

Mari memasak lagi...!

Dari dapur sebuah rumah di Kelana Jaya, sekali lagi kita bersiaran secara tertunda bersama Cik Ri!
*tepuk tepuk tepuk

Oh, thank you! Thank YOU! Awh...what can I say... (sambil tertunduk-tunduk buat lambaian ratu...)

Adik kakak abang sume, malam ni akaq teghingin bakaq kek! Erk! Biol kan akaq ni, orang lain sibuk dok amal ibadat bagai, akaq lak masak kek! Ah, lantak lar u-olls, kira akaq niat ibadat lar ni untuk bagi orang buka posa :P

Kek ni namanye kek hummingbird. Macam-macam depa speku nape namanye gitu tapi entah mana satu yang betul pun tak tau. Yang penting kek dia sedap u-olls!

Guru akaq, Puan Martha Stewart yang terkenal iteww selalu dok habaq yang 'baking is a science' jadi measurement bagai kena lar tepat u-olls! Tapi adakah akaq ikut? Dinch u-olls! Dapoq akaq tak lengkap segala-mala macam dapoq depa okey? Jadi akak taram je lar mana yang sesuai, boley??? Ape-ape pun, siapkan dulu bahan-bahan dia naa?


Siap bahan sume, start panaskan oven dalam 180 darjah Celsius giteww sebelum nak membancuh bagai.

Haa.. ni ler oven letrik yang membakar semangat akak untuk cuba buat kek macam-macam. Pasang suis, set suhu dan masa- tadaaa!!! Sedia dah untuk membakar kek u-olls! Tak macam zaman akaq muda-muda dulu nak kena kerat kayu api bagai (oopss, matii lar expose dah kertu!)...


Untuk bancuhan kek dia, mula-mula, campak 1 buku butter (250g), 2 cawan (yang boleh isi ayaq 250mL) gula haluih dan 2 sudu teh esen vanila dalam satu bekas yang sesuai.


Dah tu campoq pakai mixer sampai sebati, sampai gula dia hancoq.


Lepaih tu masuk 3 butir teloq, satu demi satu. Sambil tuh teruskan kacau dengan mixer.


Bila elok gebu masukkan lak 1 tin (300g) nenas hancoq yang dah dibuang sirapnye, 4 biji pisang saiz sederhana yang dah dipotong-potong dan kacang walnut yang dah dihancur kasar-kasar. 

Kendian gaul sampai sebati. Hat ni terpulang naa... kalau u-olls nak nenas dengan pisang tu hancur, teruskan pakai mixer. Tapi akaq gaul pakai senduk jer (matii lar lagi expose tangan sasa lak!)...


Akhir sekali masuk tepung (yang dah dicampoq 1/2 sudu teh garam dan 1 sudu teh baking soda) sedikit demi sedikit, gaul rata okey?


Siap! Tuang dalam loyang yang dah disapu butter dan ditabur tepung supaya kek u-olls tak melekat. Tuh tangan Mak akaq dok enterframe sebab tak tahan tengok akaq tuang tak abis saki baki bancuhan tuh!

Jadi dia tolong kikis sume kasi licin u-olls! Haiyoh! Nasib baik Mak akaq pompuan beriman, bukan pisau cukoq u-olls!



Bakaq pada suhu 180 darjah Celsius untuk 60 minit ye...

Dalam 45 minit giteww jengok-jengok lar kek yang dibakaq tuh. Mana lar tau ada orang lain dok gatai tangan tukaq suhu dia nanti tak ke bantat atau hangit kek u-olls tuh!

Inilah hasilnyer... Kek Burung Kelicap! Patut manis dia macam manis-manis buah giteww. Makan kena tadah baik-baik naa... memang berterabur punyer sebab lembut (macam tuan- *oopss! ...puan dia :P)...

4 comments:

APAi said...

waa..sedap la nampak kek nie..akaq mmg berbakat...i bg lima bintang...cuma i nak komen persembahan akaq....persembahan akaq agak kekok pergerakan disebabkan oleh baju ala Ramlah Ram/Fauziah latif yang akaq pakai tu menganggu sedikit persembahan..sebab i nampak lengan baju yg penuh dgn labuci akaq tu selalu termasuk dlm adunan kek..dan..persembahan akaq sering dibayang 'enterframe'(mak akaq la tuh!!..)...semacam ada gangguan... so for next persembahan ..i harap originality tu ada!!... nie i nak bagi tips..buat persembahan time 'enterframe' tido...hehhehe..jgn uols tido sama...hhehe..ok laaa..apapon i suka persembahan uols kali nie....

p/s: TQ for kad Raye..baru sampai semalam....

Khairizan Yaacob said...

i dont fancy cakes that much (except for The Loaf's cupcakes) but this one makes me salivating terribly...hehe. Nampak sgt sedap!
Nak kena rasuah or something ker nak dapat resipi nih? Hiks~

agzamry said...

hakhaka nama dia kelaka..tapi nampak cam sedappp adoiii akaq akaq

i'm shin... i'm inesen said...

hmmm sedap sedap sedap... shin mcm nak try ler... tengok la time ada mood nanti.. compare ngan KEK BUAH.. which taste dia more better?? :p