Friday, September 19, 2008

Puasa dan Kad Raya...

Posa aku tahun ini teruk sekali...

Dengan terumpatnya...
(banyak menda tak puas hati dengan pentadbiran, rakan sekerja etc. etc.)

Dengan marahnya...
(pelanggan yang tak reti bahasa dan tetap laaaa nak menang serta kucing kepala hitam yang kini semakin galak berkunjung ke rumah kala tiba hujung minggu)

Dengan maksiatnya...
(nape banyak benor orang can-do can-do lalu-lalang time posa ni??? bersih mata aku tau?!)


Tambahan lak sekarang dah tak dapat nak terima jemputan berbuka kat luar dah. Ciann Mak, sakit-sakit kaki jadi mintak teman gi tarawih.

Atas tu gambar Pak tengah solat sunat. Perasan tak dia diri menyenget? Pak tak nampak lama dah sebab glaucoma dan nampak gayanya balance dia pun dah off skit sekarang ni.

Ciann Mak Pak aku. Namun tetap tak mampu aku dapatkan pembantu untuk sama-sama jaga keluarga ni... :P


Pagi tadi kat Pejabat Pos, tengah khusyuk aku tampal-tampal setem kad raya, datang sorang bangla tanya aku mana satu borang Pos Laju. Aku pun tunjuk kat dia.

Lepas tu sorang apek lak tanya aku mana borang untuk kirim wang. Aku pun arah dia gi kaunter.

Memang muka aku ni layak penjaga kaunter kot?

Dan YA, aku masih menghantar kad raya. Dalam zaman moden serba canggih ni, dah takde keperluan sebenarnya...

...tapi entah lar. Maybe I'm just old fashioned. Atau mungkin aku berharap agar sedikit effort yang aku letakkan dalam mengirim kad-kad raya tersebut dapat diterjemahkan kepada rasa kasih sayang serta rindu aku pada member-member semua.

Adakah sia-sia?

3 comments:

Anonymous said...

Salam,

Thanks ri for the greeting cards. U know who I am, right? It's okay, I also would like to wish u, Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin.

Regards,

J

Khairizan Yaacob said...

ada org ckp, jgn hantar kad lagi skrang..sbb nak selamatkan pokok..katenyer laa...
tp for me, hantar kad lagi bagus..sbb tandanya kita besusah payah keluar, pilih kad yg terbaik n plg sesuai, tulis kata2 yg indah guna pen (silap skali abesla), tulis alamat pulak, pegi pejabat pos n beli stem n bru pos...
beruntung org yg terima, sbb kad yg dihantar benar2 istimewa n tersirat byk ingatan di dalam sampul tu..
:)

i'm shin... i'm inesen said...

:)

yeahhhhhhhhhhhhhhhh dapat kad raya!!