Kamera ku sayang masuk dock akhirnya... :(
Selepas peristiwa dilanggar ombak PD, lens covernya kadangkala tersangkut.
Aku menghantarnya ke Sony Service Centre untuk dibaiki tetapi, atas nasihat perunding di sana, ku tangguhkan dahulu. Mereka mendapati bahawa kamera ku sayang, walaupun cacat, masih dapat berfungsi dengan baik. Tambahan pula lensa tersebut baru sangat diganti pada bulan November tahun lepas.
Walaupun diberikan temporary bill of health oleh pihak Sony Service Centre, kamera ku sayang akhirnya terpaksa akur pada tekanan tugasan hebat yang telah ku berikan kepadanya semasa Hari Keluarga jabatan ku 2 minggu yang lepas. Kini lensanya langsung tidak mampu diunjurkan.
Begitulah keadaan sedih lensa kamera ku sayang yang separa terdedah bahana penangan air laut PD.
Tidak cukup sekadar mereputkan spring pada lens cover, rupa-rupanya air laut durjana telah meresap jauh ke dalam lalu menghakis pendawaiannya. Perhatikan serdak hijau pada tapak lensa tersebut hasil interaksi natrium klorida dengan logam kuprum.
Walaubagaimanapun, setelah seminggu masuk dock, kamera ku sayang sudah boleh kembali beraksi di tahap optima! Lantas ujian mengambil gambar dengan fungsi auto dilaksanakan.
Ujian fungsi manual turut memberi keputusan 'OK'. Walaupun 8 keping nota RM50 dari dompet ku tumbuh sayap dan terbang, aku mampu tersenyum puas!
Moral of the story:
Jangan mandi laut kat PD! Air laut di sana sudah mencapai tahap toksik maksima hingga mampu menghakis seperti asid!
Blueekkk! :P
Iyo lah tu! Lain kali kena jaga harta sendiri dengan lebih baik! Itu sebenarnya... hehehe!!!
No comments:
Post a Comment