Thursday, February 19, 2009

Buta...


Lewat subuh tadi, terngiang-ngiang di minda alunan nasyid masa zaman sekolah dahulu...

Buta mata tak nampak jalan di dunia
Kerana tidak nampak cahaya
Tidak tahu ke mana hendak dituju
Ke hilir atau ke hulu

Selamatlah di dunia fana ini
Bilamana mata tidak buta
Melalui pengalaman diri
Kerana jalan itu sudah biasa

Ada pedoman yang menunjuk kita
Tongkat di tangan membantu jua
Boleh jadi orang simpati yang membawa
Tapi jika buta hati menderita

Tidak nampak jalan menuju ke akhirat
Negeri yang kekal abadi
Tidak diukur, tidak diukur dengan masa
Tidak ada kawan yang datang membantu

Tiada pengalaman yang memastikannya
Tiada pedoman menunggu kita
Tidak ada yang simpati menolong kita
Dalam kegelapan terjun ke neraka

Menderita ke negeri yang abadi
Tidak kembali ke dunia lagi
Tiada gunanya penyesalan diri
Oleh itu banyakkan amal dan bakti

Sepertimana yang kita bagitau Abang Man, very der fire and brimstone nyer lirik kan? Tapi kebenarannya menyentuh hati...

We're all currently blind to some degree. Siapa sini berani dabik dada kata dia dah cukup bagus untuk masuk syurga? Kalau ada terdetik tu, tolong-tolong lar sedar sikit ek?

Untuk diri ini, ahli keluarga dan teman-teman tersayang, Ri doakan agar betapa buta pun kita sekarang ni, moga kita akan celik juga akhirnya dan berjaya menemui jalan kepadaNya.

Amiin...

P.S. Tak suka versi moden nasyid ni, yang Saff-One nyanyi tuh... Lagi besh versi ori yang kumpulan budak-budak tu bawak dulu :P

Sapa ade jupe MP3 lagu ori please pass to me okay? :) Thanks!

2 comments:

Unknown said...

lagu nie mmg sedap..uah arr nak carik mp3 penyanyi bebudak skolah tuh..pepehal pon blog imah dah start On. nie pon kawan bagitau..so sebagai bacaan ringan Mr ri..bleh la log on http://imahfm.blogdrive.com/

Snuze said...

I remember singing this song when I was in the nasyid group. Masa kekanak mana peraran kefire and brimstonean lirik; except for the nasyid Sepohon pokok daunnya rimbun... (tak sure title lagu).

Thank you for recalling my childhood remembrance. Next time kalau I kena ajar nasyid lagi, dah ada lirik ...

*snerk*