Weekend kali ni sibuk dengan hal keluarga...
Dekat kul 10.00 pagi kami bertolak ke Alor Gajah memenuhi jemputan keluarga di sana.
Ni mak dia, Nek Ngah aku. Cukup liat nak amik gambo dia! Dah tu macam ada deria keenam lak- time orang elok-elok nak amik gambo jer terus dia kalih... :P
Lepas tu terus ke Port Dickson lak for a different sort of 'family' gathering. Ape lagi, Hari Keluarga Jabatan aku ler...
Acara dimulakan dengan poco-poco yang selayaknye aku panggil tarian cacamarba aje... Keras kejung sungguh bebudak jabatan aku ni ropanyer!
Charlie Chaplin- ish, hazab tul berlumba camni tau! Kena pakai sarong, topi, pegang payung... Dah tu kena kepit bola celah kangkang lagi!
Phua Chu Kang pun ade! Ko pakai ler but tu, gi masuk swimming pool kumpul air dalam but pas tu tuang air kat but tu dalam besen. Paras air dalam besen paling tinggi menang...
Lepas tu lumba naik pelampung gajah lak! Macam-macam tul akal manusia ni kalau nak pedajal orang kan?
Ada lagi 2-3 event yang aku tak dapat shoot... sebab aku pun kena pedajal gak!!! :P
Malamnye, dinner! Sebagaimana korang nampak alas meja tu, tema malam tu adalah 'Batik & Kontemporari'...
Makan malam (yang agak mengecewakan dari segi kualiti dan kepelbagaian) diselang-seli beberapa acara lagi- ni musical chairs untuk bebudak...
Ada pertandingan karaoke dan lucky draw. Beriya brader ni tarik lagu 'Lamunan Terhenti'- sedap bole tahan...
Walaupun cukup syukur dapat makan, namun kurang berbaloi dengan harga yang dibayar. Salah sorang member keja aku yang biasa buat part time sebagai waiter pun perasan gak segala kekurangan dan dok bising komplen tak sudah!
Aku rasa puncanye sebab banyak sangat orang buat event serentak kali ni. Kalau tak silap congak, ada dalam 3-4 lagi event selain kami!
Ada yang ronda-ronda keliling resort naik beskal...
Untuk dewasa ada, untuk budak ada, untuk orang yang adventurous pun siap ada water slide bagai. Cuma tak ler segrand A' Famosa ke, Desa Waterpark ke (kan Abang Apai, kan?)...