Friday, November 27, 2009

Serupakah kami..?

Baru-baru ini berkenalan secara siber dengan seseorang...

Apa yang dapat kutelah mengenai dirinya adalah dia mempunyai agak ramai peminat. Malah ada di kalangan mereka telahpun mengajaknya untuk bertemu dan didapati serasi.

Sedangkan aku masih sibuk mencuba untuk berkenalan dengan seberapa ramai orang. Malangnya, tiada seorangpun yang sudi bertemu apatah lagi untuk mendapati jiwa yang serasi.

Namun aku dan dia masih sepi sendiri, masih terus mencari...

Kadangkala terlintas difikiranku, dalam 'dunia kami' ini, adakah keadaannya yang lebih baik atau adakah keadaanku yang lebih baik?

Sunday, November 22, 2009

d'Reyanz Colour: Azme & Dilla @ Rawang

Assignment sambil belajar yang ketiga bersama d'Reyanz Colour.

Kali ini aku mengikut Boss Redza (kiri) dan Mr. Nik (kanan) ke Rawang...

...untuk merakamkan ingatan di majlis bertandang Azme dan Dilla.

Aku memang belum mahir menggunakan flash! Gelap muka pengantin walaupun kelilingnya cerah.

"ON DUTY"- antara yang turut membantu serta memeriahkan majlis...

...adalah sanak saudara, jiran-jiran...

...dan juga AJK surau yang turut bertanggungjawab menyediakan hidangan.

Bacaan doa setelah selesai marhaban dan berzanji.

Dilabel dengan terang dan jelas. Sangat bagus! Aku pernah tengok tetamu tadah air basuh tangan buat minuman di kenduri yang lain :P

Merenjis air mawar serta menepung tawar pengantin.

Kelopak bunga bertaburan menandakan laluan pengantin menuju ke pelamin.

Lauk pengantin nampak begitu menyelerakan. Ku perhatikan terdapat unsur-unsur masakan Siam dalam penyediaan santapan tersebut.

Kek biru pengantin baru.

Pasangan mempelai terpaksa akur apabila kek yang mereka sendiri tempah telah mencuri tumpuan daripada mereka! Huhuhu...

"Eee, Pakcik! Dia baring la! Dia baring!!!" jerit Azfar yang berbaju belang putih oren.

Aku memang suka ambil gambar Boss yang sedang tergolek begini :P

Lead photographer dan second sedang bekerja keras. Aku? Bateri flash habis daa... sekadar mampu tengok dan ambil gambar sampingan sahaja...

Outdoor shoot ditangguhkan ke masa yang lain sebab pengantin ada booking baik punya tempat untuk tujuan tersebut.

Diorang akan buat semasa hari bekerja- alamatnya melepaslah aku... :'(

Saturday, November 21, 2009

Bintang-bintang di hamparan...

Gambar ihsan daripada shw.zura-azmi.fotopages.com

Sedang menunggu Pak di surau Isya tadi, perhatian ku tertarik oleh kerlipan bak bintang pada hamparan dewan solat tersebut.

Oh, ya! Pagi tadi berlangsung sebuah Majlis Ihtifal di sini. Pastinya ruangan tersebut dipenuhi makcik-makcik dan adik-kakak yang bergaya dengan baju kurung 'liplap' masing-masing.

Terimbau kembali kenangan di tempat kerja sekitar pertengahan tahun ini. Akauntan kami bergaya dengan baju 'liplap' pada hari tersebut. Kami dapati laluan bintang-bintang daripada meja beliau menuju ke setiap kawasan pejabat.

"Ini la buktinya saya bekerja encik!" balas beliau apabila diusik tentang perkara tersebut.

Ah, seronoknya bekerja dalam kumpulan yang serasi dan komited. Sampai bilakah mungkin ia berterusan?

P.S. Baju kurung tersebut tidak lagi kelihatan di pejabat selepas itu... :P

Saturday, November 14, 2009

d'Reyanz Colour: Dayana & Azlie @ Batu Caves

My second live and learn assignment with D'Reyanz Colour Group brought us to Dayana and Azlie's wedding at Batu Caves.

MRSM Kuala Kubu is the spot where these two met and fell madly in love ;)

Especially for the bride and family- Thanks for all the hospitality you've shown us while we were on duty!

For a Malay wedding, the bride's reception is usually a 2 or 3 in 1 ceremony.

This one was no exception, having a majlis cukur jambul (ceremony for blessing newborns) piggyback onto the main event.

On duty that day, roll call from left: Boss Redza as lead and Mr. Ben for close-ups...

...along with sniper, Mr. Hadi (wearing black skullcap) ;)

Baby's all rested and calm for the ceremony.

Mr. Redza and Mr. Ben hard at work during the ceremony.

Now it's time for the bride to make her entrance!

Royal yellow songket offsets the beautifully intricate henna design on the bride's hand. However, my angle was off so I failed to focus on her wedding band.

"Waaah... Cantiknya Nana!!! Nanti dah besar kita pun nak pakai macam ni lah!"

The bride with some of her friends and flower girls.

I didn't get a lot of good shots this time around :( Probably was a bit daunted at the prospect of having to work with 3 semi-pros. Hazukashii na...

Boss and Ben looking for a good spot to shoot the outdoor photos. We were somewhat pressed for time because there was a roll of dark rain clouds heading our way fast!

Groom's a bit shy but together the newlyweds managed quite a few brilliant poses for us to capture against the wonderful background.

And the most important thing again is that we all had fun :)

Sunday, November 08, 2009

Rensyuu

Mata rensyuu da! Berlatih lagi dan lagi...

Melihat dunia melalui lensa 50mm banyak mengajar aku erti komposisi. 3 gambar di bawah mungkin kelihatan sama tapi setiap satu ada perbezaannya.

Gambar pertama kurang menjadi kerana bunga yang menjadi subjek utama terkeluar daripada fokus. Sudut tersebut juga kurang menyerlahkan lengkungan ranting berdaun pada latarbelakang.

Gambar kedua juga kurang menjadi kerana tompokan bunga pada latar belakang telah mengganggu tumpuan terhadap subjek utama.

Beberapa cubaan selepas itu, akhirnya, suatu imej yang boleh kuterima walaupun masih ada rasa kurang puas hati.

Miso shiru: Sudut pandangan 50mm juga amat sesuai untuk memaparkan salah satu subjek kegemaranku- makanan :D

Kappamaki sushi: Namun jarak fokus tetap ini begitu terhad. Walaupun aku ingin mendapatkan imej yang serapat mungkin, setakat inilah sahaja yang dapat kuhampiri.

Yaki sake: Tetapi, dengan memperbanyakkan latihan, pasti akan terhasil gambar yang cukup menarik, insyaAllah...

Ghost House: Pameran sempena Halloween di One Utama.

Jack 'o Lantern: Pemandangan 'ngeri' kepala-kepala labu yang terpacak.

These shots did not come easy for me. Masih perlu lebih banyak latihan...

Sunday, November 01, 2009

Random musings...

WARNING: Picture free entry, loads of insecurity and self pity ahead!

New responsibilities at work.

Crappy time management is a serious failing!
(evidence: giant heap of unfolded clothes, from THREE days ago plus yesterday's, and I'm sitting here writing a blog entry)

List of things to do:
- detail out tasks to determine if staff are actually doing their work competently.

- system upgrade: prepare info sheet explaining 'pilot run' and 'going live' because seriously, none of the staff have a fucking clue and people who don't have a clue tend to mess things up! and am I project manager? of course not! I'm just the lucky bloke who gets stuck with the work.

- survey staff satisfaction with their job. I know for a fact that most are not but I need written evidence. unfortunately, i designed it to be anonymous so I won't be able to sort out the fakes. hope it all works out anyway.

- train my replacement. again I really, really need to detail out what my duties were so that I can measure how fully the newbie will be able to grasp all tasks involved. it will also serve as reference when another takes over.

- increase my proficiency and creativity with the camera. I'll need it to be of help and value to the group. after all, this is gonna be my sole source of backup funding once I retire.

- set aside time for piano practice everyday. I'm rusting. yeah, right! remember pile of clothes? crappy time management is truly a serious failing!

Can I cope? Will I even be able to perform??!

It's times like these when I strongly feel the need for someone to be by my side...

Allahumma a'innii 'alaa zikrik wa syukrik wa husni 'ibaadatik. Amiin.