Thursday, December 31, 2009

Akhirnya dapat aku bercuti...

Alhamdulillah...

Plan ke Ayer Keroh tahun ni hampir tak jadi sebab Mak dan Pak tiba-tiba kemalasan untuk berjalan-jalan.

Apa-apa pun, mujurlah diorang ubah fikiran sebab kesiankan aku yang tak berjaya mendapat kawan atau pengangkutan untuk ke sana.
(mana taknya- 10 hari lagi nak bertolak baru bagitau tak nak pergi; mana nak cekau orang last-last minute camtu?!)

Hari pertama, berpeluang untuk memerhatikan Pasukan Memanah Negeri Melaka berlatih.

"Archery- the confidence game"

Memang tepat pada sasaran. Jauh lak tu! Bayangkan betapa kuatnya tangan dia untuk tarik string recurve bow tu...

Kemudian ke Zoo Melaka pula. Sebaik selepas menyerahkan tiket, 2 ekor buaya tak cukup umur menyambut kedatangan kita :P

Tapi jangan risau, diorang lepak dalam sangkar kaca- so whatever you do, keep away from the glass!

Mat Merak tengah ayat awek :P Menjadik oo... Selepas beberapa minit diorang ke belakang semak buat apa tak tau...

Acara menangguk ikan secara berkumpulan dimenangi oleh Geng Burung Undan!

Gajah yang teramat friendly. Tapi aku kesian kat diorang sebab kena buat show untuk mendapat sesuap tebu. Mahal kos bela gajah ni wei...

Tu pun tak berapa laku sebab sellling point dia 'bergambar dengan gajah-RM10.00'.

Abang kakak oii, zaman sekarang ni, paling busuk pun orang ada camera phone ler... Korang kena cari idea lain untuk dapat duit tambahan ni!

Aku tertarik dengan tanduk lembu Angola ni. Ngeri pun ada.

Dari jauh nampak macam pedang-pedang terhunus tapi foto yang aku amik kurang menyerlahkan gambaran tersebut.

Al-maklum ler kit lens, dah tu tembak lak dari jauh (berani ke ko nak buat close up dengan depa ni?!)...

Iguana ni bole tukar-tukar kaler...

Ingat nak tunjuk beza antara yang dok tengah panas terik dengan yang dok kat teduhan skit. Begitu aku dok frame punye frame, alih-alih tercrop badan yang hijau tinggal kepala aje.

Nak repeat shot dah beralih lak diorang ni...

"Duli yang maha mulia
Selaaaaamat di atas takhta..."

Selambe rock sungguh lemur sekor ni.

Sang Tapir dengan ketapirannya... atau Sang Tenuk dengan ketenukkannya- terpulang kepada anda untuk memilih ayat yang lebih sedap pada telinga anda.

Segarang-garang Pak Belang, sampai time tido memang sebijik comel macam kucing ler...

Anak-beranak marmoset yang sungguh comel! Si kecik tu sebenarnya nak lepas main dengan daun kering tu tapi mak dia tahan nak cari kutu dulu!

Ni pun comel gak! Opps... ni manusia, bukan binatang- lari topik lak!

Eh, tapi anak ikan bukan ke binat... OOOPPSSS!!!

Hari kedua, berkunjung sebentar ke Taman Botanikal.

Amik gambar ni sebab dalam cahaya matahari tu, nampak macam lantai hutan tengah terbakar...

Simbolik :P kunuuuunnn...

Lepas tu ke Taman Mini Malaysia dan Mini ASEAN... Suka-suka amik gambo diorang tengah berlatih.

Ikut maklumat member sorang ni, akan ada pembaharuan besar kat sini tahun depan! Kalau panjang umur, tahun depan kita jengah lagi, insyaAllah :)

Tu la rutin aku kalau ke Ayer Keroh ni. Lagipun, memang tu je yang sempat dikunjungi. Tapi aku sentiasa ternanti-nanti nak ke mari, tak pernah jemu...

No comments: