Sunday, January 31, 2010

Selamat Datang Sang Rimau Besi! Episod 2

Rensyuu lagi.

Kali ni at ground level. Ada baik, ada buruk. Tapi nyesal tak ikut kata hati untuk shoot lion dance dari atas sebab banyak aksi lompat atas tiang tak dapat dirakam dengan sempurna.

Apa yang ada, layan aje lar...

Tarian pari-pari nakal.

Aksi akrobatik mengimbang pasu.

Tarian dewi-dewi turun dari kayangan.

Aksi akrobatik mengimbang di atas basikal satu roda.

Tarian mengibas lengan baju.

Persembahan tukar-tukar topeng bak magic.

Tarian raja perang.

Test run sebelum tarian singa.

Tarian singa main lompat-lompat atas tiang.

Tarian burung.

Persembahan kung fu Shao Lin.

Tarian kipas.

Persembahan kung fu Shao Lin.

...

Kasihanlah kepadaku sayang
Tiap hari jua wajahmu terbayang
Ampunkanlah segala dosaku
Seandainya kita tak lagi bertemu

:P

Wednesday, January 27, 2010

Selamat Datang Sang Rimau Besi!

Seperti biasa, bila ada waktu senggang yang sesuai, aku keluar rensyuu.

Berbekalkan kamera serta lense 50mm, aku ke One Utama. Suasana sambutan Tahun Baru Cina cukup terasa.

Kalau raya kita dengan ketupat, pelita dan sebagainya, mereka ada bunga kekwa...

...ang pau, mangkuk tepen (omputeh panggil tiffin carrier)...

...tang lung merah (wajiiibbb!!!)...

...serta figura rimau dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Tahun ni kan tahun rimau...

Kucing = rimau, kaitan simbolik camni pun boleh pakai jugak rupanye.

Belah new wing ada persembahan Shao Lin. Tinggi betul diorang ni lompat.

Bagi yang berminat, kalau tak silap dengar, show ulangan adalah Sabtu ni, 30 Januari pukul 8.00 malam.

Aku sangat rekemen show ni untuk buat rensyuu photography. Macam-macam pose menarik ada!

Belah old wing pulak ada persembahan akrobatik Cina.

Budak-budak yang buat show ni jadi masih banyak fumbling semasa persembahan sebab kurang mahir lagi.

Tapi still cukup banyak aksi menarik yang boleh korang rakam di sini.

Malangnya aku tak dapat maklumat bila lagi show ni akan diulang.

So kalau korang nak try amik gambar seperti ni, jengok-jengok ler One Utama hujung minggu ni.
Mana ler tau kot ada show lebih menarik ke...

Wednesday, January 20, 2010

Timbal balik...

Timbal balik
Nakal semalam
berbalas
lecur kaki terkena ekzos moto orang pagi tadi

Bonus
Kantoi dengan sepupu aku petang tadi
Tapi nasib baik lar dia, bukan Angah dia
Mau masak aku...

Additional bonus
Ma wondered aloud if I'd ever settle down
Can't tell her
that I can't simply go out
and buy
the type of libido I want

But also can't tell her
these extra activities
are the only things
keeping me out of 'trouble'

Damned if I do
Damned if I don't

Go figure... :P

Sunday, January 17, 2010

PR Class with the Photolicious ;)

Bagi korang yang miss kelas ni- RUGIII..!!!

Especially mereka yang baru nak mula atau agak berat mulut semasa menjalankan tugas, this class is for YOU!

In fact, ada orang Perlis turun dan orang Sarawak terbang ke mari semata-mata untuk kelas ni!

Gambar-gambar di bawah semua time praktikal untuk bagi directions kat pengantin.

Actually, none of my photos made the grade :P hehe... It was expected. I only took up manual upon joining d'Reyanz Colour in September 2009 . Sebelum tu semuanya auto!

Mujur Kak Shida yang review gambar aku. Kecut perut aku weh dengar Kak Kay jerit 'gambar sampah!' dari meja depan sana.

Ada beberapa point yang aku dapat daripada kritikan yang Kak Shida bagi.

1. Aku masih belum mahir setting and tend to set on the dark side.

Abang Hadi ada bagitau gak dulu tang ni tapi somehow gambar camtu lar yang cantik di mata aku :P

2. Aku buat kerja lembap! Hehe...

Crew Photolicious ni semuanyer trained untuk bekerja dengan pantas dan profesional. Kagum siutt!!!

3. Aku ni penyegan dengan orang yang aku belum kenal.

Ugh! Nak kena atasi ni! Nanti tiap kali kerja kan memang kena interact dengan strangers.

4. Aku kerap lupa untuk perhatikan detail sekeliling semasa membuat komposisi gambar.

Veil pengantin terjungkit la, wayar letrik melintang la... Adehhh! Mebbe antara penyumbangnya adalah aku masih kalut dengan setting.

5. Aku ni 'baik' sangat bagi laluan kat orang kadang-kadang.

Antara sebab aku kerap terlepas moment penting. Gambar yang usable pun kurang ler...

Memang crew Photolicious ni amat sempoi dan pemurah ilmu. Or mebbe sebab kami first batch kot :P

I don't think the next class will cost RM150 anymore, hehe...

Apa-apapun, terima kasih banyak-banyak atas layanan baik cikgu-cikgu sekelian! Panjang umur moga dapat berjumpa dan berkongsi ilmu lagi, insyaAllah :)

Kepada mereka yang ingin melihat hasil kerja the Photolicious, sila click pada link di sebelah kanan blog.

You choose :)

And for every client d'Reyanz Colour loose to them, we vow to do our best to return the favour, hehe... Persaingan yang sihat, okey?

Monday, January 11, 2010

d'Reyanz Colour: Yusra & Azhar @ Taman Medan

Majlis pertunangan.

Tapi dressing vugidervasss ngalahkan orang sanding :P opps!

Tagging along to Boss Redza (background) and Nik (foreground) :)

Sambil Yusra dok mekap-mekap kat atas, aku follow Nik untuk cover majlis tahlil dan kesyukuran di bawah.

Sementara tetamu lelaki memenuhi ruang hadapan, tetamu wanita pula berkumpul di dapur.

Selesai doa, semuanya dipersilakan untuk menjamu selera.

Bakal pengantin wanita.

Selingan- gambar budak comel :P

Posing manja di sisi katil.

Rombongan pihak lelaki.

Doa kesyukuran sempena selesainya perundingan dan rasminya pertunangan.

Bakal mempelai.

Mungkin disebabkan ini pengalaman majlis pertunangan aku yang pertama, aku berasa sedikit pelik.

Macam tiada beza sangat suasana majlis pertunangan dengan majlis persandingan yang pernah aku kunjungi.

Cuma tak dapat nak suruh pasangan tu pose lebih-lebih sebab belum halal :P tu jer.
Betul ke pandangan aku ni? Hmm...

Saturday, January 09, 2010

d'Reyanz Colour: Izura & Rizalmi @ Pavillion

Outdoor night shoot kat Pavillion uollsss!!!

So of course ler kami ramai-ramai pakat turun padang malam tu: Boss Redza, Azril, Riezal, Nik dan (meminjam ayat Abang Hadi) akula! :P

Abang Hadi tu kalau sihat sure dia hadir merempit dengan moto besar dia dan dan tu gak!

Aku tak banyak shoot ler malam tu...

In fact, aku tak bagi satu gamba pun daripada shoot ni kat Boss- segan ooo..!

Memang jarang sangat aku amik gambar orang waktu malam sebelum ni.

Nak nak pulak pakai manual- kejap gelap la, subjek jaundiced la, subjek merah la, blur la... Ish, macam-macam mak nenek lagi la yang jadi kat pic aku :P

Tengok ramai sibuk hentak pic pengantin, ingat nak follow Nik amik pic adik-adik Izura, Wani dan Wan tapi diorang ni malu-malu ler pulak...

Jadi aku buat le apa yang boleh...

...sekadar untuk menyedapkan hati aku. Tapi pengalaman ni cukup berharga sebab ia menunjukkan kepada aku betapa jauh lagi perjalanan aku.

Untuk korang yang berangan bagus sebab mampu miliki DSLR sendiri- puh-leeezzz!!!

"Your equipment may help but it's your skill that makes or breaks a photo!"