Monday, April 25, 2011

Sedetik lebih...

Genap sebulan perkenalan kami...

Lata Kinjang destinasi yang kupilih untuk aku terus belajar mengenalinya.
Kedengaran berat sebelah bukan?

Biarlah...

Biar dia yang menentukan halatujunya sendiri.
Memang itu gayaku sejak dulu.
Cuma aku kini berusaha untuk menjadi lebih sabar.


Dua foto di atas adalah antara beberapa foto yang dirakamkan olehnya dan tidak dia padam.

Sedangkan kebanyakan aksinya yang kurakam amat menghampakan diri sendiri.
Sangat jauh berbeza dengan kualiti komposisiku yang biasa.
Banyak yang di luar fokus.

Sebabnya mudah.

Dengannya
aku menjadi kelam kabut.
Hendak segera usai mengambil gambar.
Kerana aku merasakan setiap detik yang ada amat berharga.
Terlalu berharga untuk aku bazirkan dengan mencari komposisi yang menarik.

Lebih baik kugunakan untuk memahat tiap detik bersamanya itu
dalam hatiku ini
dalam ingatanku ini...

Walaupun aku sedar, mungkin foto itu lebih kekal.
Tapi detik itu hanya sekali.
Maka perlu kunikmati sebaiknya.

Walaupun asalnya
dia membenarkan aku untuk menyimpan dirinya dalam hatiku
sekadar sebagai pengubat kekosongan jiwa.

Hakikatnya kini
dialah hatiku...

No comments: