Thursday, April 28, 2011

Terbatas...

Seperti semua perkara di dunia, dok sama mak pak ni ada kelebihan dan ada juga kekurangan.

Memang saving sangat kalau tumpang umah mak pak ni.
Tapi antara kekurangan yang buat aku paling menggelisah adalah keterbatasan pergerakan.

Walaupun telah dewasa, bagi mak pak, aku tetap seperti anak yang tidak tahu apa, yang perlu dibimbing agar mengikut jalan yang 'betul'.

Tapi aku faham juga mengapa mereka bersikap begitu.
Dah memang aku seorang sahaja maka aku lah menjadi tumpuan segala perhatian dan kasih sayang...

Tapi malam ni, dua perkara telah betul-betul membuat aku mendambakan kebebasan sebagaimana kebanyakan yang lain:

1. Dia sedang sakit kaki akibat terseliuh. Dia belum makan lagi kerana semua teman serumahnya telahpun makan di luar dan Dia tiada teman untuk makan bersama.

2. Abang Man sedang dalam keadaan tertekan dan perlu tempat untuk meluahkan perasaan secara bersemuka.

Kalau lah mampu, aku pasti segera terbang ke sisi mereka...

Tapi aku ingat pesan Budak Baik. Aku kena sabar atas apa yang ditetapkan.
Pasti ada hikmah di sebaliknya.
Aku doakan agar mereka baik-baik sahaja...

Aamiin!

2 comments:

naz said...

You have some much love in you.. (",)

Ri said...

haha.. thanks!