Saturday, January 07, 2012

Cerita 6: Memang bunga apilah..!

Berkobar-kobar untuk bereksperimen dengan low light photography, aku dan Wan memilih Putrajaya sebagai mangsa terjahan kami pada malam tahun baru! Hehe...

Sekarang ni dia la sifu aku. Sebab dia rajin cuba-cuba dan belajar. Tahap pengetahuan dan kemahiran dia sekarang jarak sejauh mata memandang berbanding aku.

Sementara menunggu detik 12.00 malam, Wan ajar aku cara nak amik gambar night landscape yang fantastic camni! Ini semua prelude kepada target kami malam tu- pertunjukkan bunga api tahun baru Putrajaya!

Masalahnya, kami tak dapat info yang tepat tentang lokasi bunga api tu nanti. Untuk selamat, Wan cadangkan kami set up awal di Monumen Milenium.
Perhatikan gambar di atas- kami dah prepare scene baeekkk punya.

Apabila tiba kiraan masa- Tiga..! Dua..! SATU!!! terdengarlah bunyi letupan yang agak meriah tapi bila pandang ke atas, sekelopak bunga pun tak nampak, apatah lagi sekuntum bunga.

Pas tu, toleh belakang nampak...

...bunga api! Memang betul-betul 'bunga' apilah! Dari tempat kami tengok, saiz pun comel macam bunga.
Perhatikan bangunan sebelah kanan tu ye- pancutan bunga api tu tak lepas bumbung dia, I tell you!!! Some people can pancut farther than that, if you know what I mean...

Eh, ter'18sx' lak :P Nyata sangat blom sudah lagi bengkerk nyer kan?

Aku usaha le jugak pusingkan kamera cuba dapatkan apa-apa imej yang boleh ditangkap. Wan langsung tak hirau kamera dah, pandang show tu dengan hampa dan, yang pastinya, dengan seribu makian di hati :P

Sori la ye, Wan. It was a bad call. Nanti kita usaha lagi ek?

1 comment:

Rsnie_za said...

ye kami pun berasa hampa.....beratur untuk mencari parking mengalahkan untuk mencari jodoh.....tpi bunga api yg kluar tu pun ehsan dari pullman hotel....yg tak sampAi lima minit pun.....baru nk cr setting tangkap gmbr bungaapi rupanya acara dh tamat.....huhu yglbih sedih masa tuk kluar parking 2jam....tobat terus saya....