Tuesday, February 07, 2012

Melaka, jom!!!

Ahad lepas, aku dan Wan jalan-jalan kat Bandar Hilir, Melaka.

Dari tol Ayer Keroh nak ke bandar tu macam jauh kemain- bukan jauh mana pun, tapi disebabkan asyik sangkut kat traffic light.

Meriah traffic light sungguh Melaka ni, tak yah pasang lampu hiasan jalan dah rasanya :P

Bila aku nampak scene di atas ni, barulah aku rasa dah benar-benar sampai ke Melaka- so authentic!

Jangan sesekali korang bandingkan dengan beca sarkas yang ada kat bandar nun! Bingit! Baik dari segi pemandangan mahupun pendengaran! :(

Macam pusing satu dunia gamaknya cari parking. Pas tu menapak ikut tepi Sungai Melaka dari Casa del Rio (RM700 satu malam!) ke Jonker's Walk.

Kebanyakan kedai kat situ ketwat. Dah hias cecantik pas tu larang amik gambar :P

Peduli ape, aku dengan Wan- tembak, lari ler...

Fuh! Tak sangka dapat tengok Coca-Cola dengan Fanta dalam botol kaca camni lagi. Very old school, sangat mengimbau kenangan!

Fresh sotong bakar kat sebelah tu lak sangat harum semerbak. Nak beli tapi teragak-agak so bye aje la... huhu!

SubhaanAllah! Masjid Kapitan Kling sangat cantik, okey? Macam-macam details menarik yang buat kami leka kat situ beberapa ketika.

Penuh ukiran kayu, tingkap kaca serta jubin yang pelbagai corak dan warna. Bentuk luaran unik, ikut rekabentuk bangunan Cina macam rumah-rumah sekitar tu.

Kolah untuk wudhu yang ada air pancur yang sentiasa mengalir. Banyak air yang dipancur bergantung kepada kadar pengunaan air semasa di kawasan masjid.

Kebetulan masa tu, orang kampung tengah rewang untuk jamuan sambutan MaulidurRasuul malam nanti, jadi ciput aje la spray dia...

Gabungan klasik dan moden- motosikal kuasa besar depan kedai makan bertemakan rumah tradisional Cina.

Asyik lalu sebelah kedai makan aje, lapar la pulak. Kami pun patah balik ke arah kawasan kami parking sebab aku perasan ada restoran asam pedas dekat situ tadi.

Okey la jugak asam pedas dia tapi aku masih kecewa kerana sampai sekarang aku masih belum jumpa masakan asam pedas yang rasanya sangat best macam yang pernah aku rasa kecik-kecik dulu...

Lepas makan, singgah jengok keta Wan jap. Tadi nampak ramai pegawai MBMB tengah berpesta saman.

AlhamduliLlah, tempat parking kami selamat... In fact, aku dengan Wan sempat posing cantik sementara diorang menyaman semua keta yang bersusun kat belakang kitorang tu :P

Snap gambar di atas ni sementara jadi model untuk Wan capture long exposure orang lalu-lalang kat sini.

Lupa lak patutnya aku dok diam je supaya image aku stay sharp :P

Kesian Wan, banyak gambar dia tak jadi sebab aku dok gerak-gerak. Hasilnya boleh tengok kat blog Wan.

Antara gambar wajib untuk membuktikan 'I've been there...': runtuhan Gereja St. Paul.

Antara gambar wajib untuk membuktikan 'I've been there...': runtuhan Kota A Famosa.

Antara artis jalanan yang mencari rezki di sekitar kawasan A Famosa. Mamat ni specialise in architectural drawings- gambar bangunan bersejarah sekitar Bandar Hilir.

Rehat jap kat Dataran Pahlawan. Dalam 5 tahun lepas lebih kurang, corak tangga tu penuh warna-warni, sangat cantik dan menarik. Tapi la ni dah tinggal camni aje. Memang payah nak maintain sebab public area.

Eh, kawan aku ni ada bakat jadi model aa.. Rupa ada, gaya pun ada ;)

Dok rehat-rehat tu, rasa haus la pulak. Terus tuju food court yang berhampiran, kawasan belakang tangga tu aje.

Punya la ramai ummat, dekat 15 minit gak le menunggu peluang nak beli air. Nampak cantik lak ketul ais dalam soya cincau aku ni, so aku snap la... Uh, rasa haus lak tetiba :P

Dekat senja camtu, aku pujuk Wan untuk naik Melaka River Cruise. Nuke ada rekemen. Begitu juga beberapa blogger warga Melaka tu sendiri. Aku memang sangat excited la nak experience sendiri trip tu.

Gambar bebudak tengah main buih sabun sementara nak tunggu naik cruise. Beratur panjang gak le, especially bila makin lewat malam.

Bangunan kiri kanan Sungai Melaka ni dah dilukis cantik oleh student UiTM Melaka dan Shah Alam.

Kagum lah! Aku yang nak buat artwork atas standard sized drawing paper pun bercinta nak menyiapkan, inikan nak lukis kat dinding bangunan berpuluh meter panjang.

Good job, kids!

Aku tertunggu-tunggu nak tengok Eye on Malaysia dengan mata kepala aku sendiri tapi rupa-rupanya dah lama tukar jadi Eye on Malacca.

Drebar bot tu bagitau yang Eye on Malaysia tu dah dihantar balik kampung dia, banyak masalah dan azab nak maintain...

Ni lak stesen monorel yang pertama di Melaka. Lebih kurang 2km panjang dan sekadar 2 stesen aje baru- Taman Rempah dan Kampung Bunga Raya Pantai.

Aku tengok tren tu dok situ je memanjang. Tak sure diorang ada plan nak sambung trek ke destinasi lain pulak memandangkan problem yang ada.

Mengikut drebar bot tu lagi, lighting dan sebahagian bangunan kiri kanan sungai sepanjang laluan cruise ni kerajaan negeri tanggung.

Kalau ikutkan plan Melaka Bandar Teknologi Hijau, patutnya sustainable la...

Selain daripada tanggung bil letrik, Melaka gak ada tanggung biawak. Bukan 'biawak hidup' ye, ni real punya biawak sungai.

Menatang tu jadi daya tarikan untuk pelancong asing tau? Dan drebar bot tu kata, yang paling besar dekat 20 kaki- rupa dah nak macam buaya dah.

Papepun, bagi aku (tolak percikan 'wangi' air sungai yang sekali-sekala menampar wajah), aku agree dengan pendapat mereka yang rekemen trip ni: memang berbaloi, especially time malam.

By the time habis cruise dah jam 8.30 malam. Aku ingat nak gerak balik tapi bila kitorang terpandang suasana Jonker's Walk waktu malam, terus kami tangguh untuk capture street scene dulu.

Aku kurang amik gambar sebab keadaan yang amat sesak tu buat aku kurang selesa nak setting composition. Foto Wan lagi banyak dan lagi cantik!

Terserempak la pulak orang buat cop nama ni. Dah memang lama aku cari walaupun aku dah ada 2 cop nama yang lain- the first, aku memang pakai sekarang sebagai signature sebarang design yang aku buat (kat banner aku tu ada); the second, aku kurang gemar senirekanya jadi aku simpan aje.

Yang kali ni punya aku memang sangat suka, size kecik skit daripada cop pertama dan ikut senireka tulisan Dinasti Qin (kata orang tu lah...).

Entah nak guna untuk ape, tengoklah nanti.

Though I find smoking a filthy habit, I don't understand how Wan can look so good doing it :P

Mungkin itulah pengaruh rokok sebenarnya. Ketagihan nikotin tu datang kemudian, tetapi gaya macam cool tu yang jadi penariknya.

*sigh~ I really shouldn't be 'promoting' it like this...

Kat hujung (sebenarnya pintu utama, kitorang datang dari arah bertentangan) Jonker's Walk tu ada lak persembahan tarian beramai-ramai oleh satu persatuan Cina. Ni sempena chap goh meh kot.

Budak yang ikut mak dia menari tu sangat cute!

Patah balik. Dah dekat 11.00 malam dah, memang nak kena gerak.

Lalu satu gerai fried oysters- perghh! Harumnya bau! Teringin nak beli tapi teragak-agak jugak macam kes sotong bakar tadi :(

Sapa-sapa bole rekemen kat aku tempat sesuai yang ada hidang menda ni?

Dah malam-malam buta camni pun masih sesak, mungkin sebab musim cuti panjang ni. Wan pulak 'injured' rupa-rupanya disebabkan banyak berjalan. Dah lain macam dah gaya dia aku tengok, risau lak.

Oleh itu, aku ler yang drive balik ke KL malam tu... Huhu, terharu lak Wan bagi kepercayaan kat aku. Aku tau dia sayang gila kereta dia sedangkan driving style aku lebih kurang command and conquer :P Risau dia...

AlhamduliLlah kami selamat sampai sekitar jam 2.00 pagi. Seronok betul trip ni!

Wan, tima kasih bebanyak sekali lagi ye! Bila-bila ada plan lagi roger aku, okey?

3 comments:

NUke_Rude said...

wooo!! best kan melaka? Haha. percikan wangi air sungai tu memang 'best'! lol.

krunch2sa said...

jalan2 kat lorong umah2 kampung kat mlaka ni pon best gak ^^

mazwanj said...

nice coverage bro..haha.email ler hi res kat email aku.huhu