Saturday, August 18, 2012

Di penghujung Ramadhan ini: Catatan 'seorang' Panda

Aku sebenarnya dalam keadaan keterhutangan tidur (sleep debt) yang agak kronik.

Akibat daripada waktu tidur yang luar aturan lagi tidak teratur.

Ditambah pula dengan azam aku di bulan Ramadhan kali ini untuk terus berjaga selepas Subuh (berjaya!!! n_n) dan mengelakkan tidur selepas 'Asar (boleh la... 4/5 bintang :p).

Salah satu kesannya aku rasai waktu solat Jumaat kelmarin.
Selepas qiyam untuk raka'at kedua, tiba-tiba aku terfikir,

"Eh, tadi aku duduk antara dua sujud ke tak ye..?!" >_<"

Kalau betul la silap, ya Allah, ampunkanlah hamba mu ini...

Sekian coretan akhir Ramadhan ini (yang aku curi-curi masa untuk mecatatkannya di celah-celah kesibukan membuat persiapan ~ya-ampun mak!!!). Bagi pembaca Muslim sekelian...

Selamat Menyambut 'Eidulfitr!

2 comments:

bukankosong said...

biasala syaitan tuh buat kamu was was

yakin diri

slmat hari raya Ri, maaf salah silap

Ri said...

huhu.. mmg tgh ngantuk giler time tu.
maafkan salah silap ri juga ye, faizal..