Ntah apa giler ntah, keja (
baca sebagai ‘hobi’) baru aku sekarang ialah mengumpul
manga yang dah diterjemah ke
English.
Nape aku kata giler? Bayangkanlah, satu
volume costs at least RM40.00 dan aku mengikuti bukan sekadar satu, tetapi
3 title yang berbeza!!! Dan tiap satu
title tu paling-paling baru dah pun memasuki
volume yang ke- 4 (oleh itu, sila buat kira-kira adik abang semua dan anggarkan berapa banyak dah duit aku yang masuk ke dalam poket tauke kedai komik tu!).
Giler camne pun aku tetap berpuas hati dengan pembelian aku tu, sebab manga tu semua karya
C.L.A.M.P. ! Bagi mereka yang bukan peminat
manga sure dah garu kepala dah dengar nama pelik tu kan?
C.L.A.M.P. terdiri daripada sekumpulan wanita yang amat berbakat dalam penceritaan, gaya persembahan cerita serta lukisan.
Setiap karya mereka ni mempunyai
feel yang berbeza-beza. Ada cerita yang
sweet sangat, sesuai bagi bacaan budak-budak kecik (
contoh: Cardcaptor Sakura) dan ada juga yang berakhir dengan tragedi (
contoh: Tokyo Babylon). Namun semuanya ada
parallel dengan kehidupan manusia seharian, cuma ia disampaikan dalam bentuk fantasi.
Tapi yang memang aku kagum adalah dengan
artwork yang begitu cantik dan
detailed serta kesesuaian apa yang digambarkan dengan cerita dan
feel cerita yang sedang disampaikan. Aku tabik
spring mereka ini. Hasil kerja yang sebeginilah yang sedang meniup semangat aku untuk kembali berkarya (
one of the things I have been putting on the backburner for a long, long time now).
We’ll see…
: )