Saturday, February 25, 2006

Memujuk diri

Penghapus dosa
Keampunan
Kasih sayang Allah terhadap hambaNya

Setiap cubaan, setiap dugaan, setiap ujian
Yang kita hadapi
Itulah dia sebenarnya

Aku kagum dengan kekuatan Abang Apai
Yang sudi mengundang cabaran hidup
Ketika keadaan terlalu lapang dan senang baginya
Kerana takut Allah telah melupakannya
Kerana takut Allah tidak sayang lagi kepadanya

Aku belum sekuat itu
Masih merintih didepani halangan
Buntu mengaburi segala
Di manakah jalan keluar?

Namun mutiara kurniaan Ustaz
Ku genggam erat
Buat penenang jiwa

Terus berusaha
Abaikan putus asa

Kerana penyelesaian itu pasti ada…

Tuesday, February 21, 2006

PGL the Musical


Yeah, I know this musical has been reviewed to death so many times over that people have lost count. Most are very unfavourable but I feel that that is as it should be. We should no longer say things like

“Oh it’s a really outstanding *** for a Malaysian ***!”
(***please fill in the blanks as appropriate)

Tomare! Stop! It only degrades the colossal effort that these people have put in. The show should be compared to an internationally accepted standard. Sure it will fall very short off the mark but with further input and constant improvement, we can perform shows as good as any West End feature!

Another thing that is sadly lacking in the production is the attention to details. Things like a faulty mike, a wrinkly stitching on a backdrop as well as the props being moved into position too obviously (among other things) can really distract and detract from the enjoyment of watching the play.

But having said all that, I really truly enjoyed the show and so did everybody else. Azean Irdawaty even walked right up to the front to give a standing ovation to the cast at the end.

I raised my hands higher when Sukania Venugopal and Yalal Chin appeared but simply had to stand up when AC Mizal came on stage. Where have you been hiding your talent all this time?! He was really superb and I didn’t expect to be blown away by his performance.

Puteri Gunung Ledang the Musical has been extended to Tuesday, 28 February 2006. If there are any tickets still available, do find the time to watch it!

Friday, February 17, 2006

9 Naga


Tuhanku, ku ingin bercerita
Ku tunduk, ku sujud, ku mulai berdoa…


Begitulah bait-bait lagu intro yang menetapkan mood bagi keseluruhan filem ini.

Ceritanya simple namun cukup mengesankan lantaran kekuatan lakonan, juga sinematografi yang begitu indah beserta sulaman lagu latar yang bijak dan relevan.

Kisah ini mengingatkan aku walau betapa payah hidup ini perlu diteruskan dengan sebaik mungkin.

Selagi ada nafas dalam diri, pintu taubat itu sentiasa luas terbuka.

Wang memainkan peranan yang amat besar dalam kehidupan kita sekarang akan tetapi ia langsung tidak bererti tanpa mereka yang dikasihi.

Monday, February 13, 2006

Andai Hati Itu Cahaya

Andai hati itu cahaya

Kata-kata bagai kaca yang membias

Indah warna yang terlihat

Tidak semestinya hakikat


Andai hati itu cahaya

Tindak-tanduk bagai cermin yang memantul

Seterang kecerahan yang terlihat

Begitulah jua hakikat


Kebelakangan ini, aku terlalu dilekakan jalur-jalur pelangi sehingga mengabaikan betapa malapnya cahaya yang terpantul. Nasihat dua sahabat menyedarkan diri lalu aku mengumpul kekuatan dan berpaling daripada keindahan itu.


Biarkanlah dahulu. Biarkan…


Andai luhur cahaya yang menerangi, aku pasti akan menemuinya lagi. Pasti dapat kembali ke puncanya walau dalam kegelapan ini.

Sunday, February 12, 2006

Iroiro

Apakah kita kan teruskan di dalam arus percintaan?
Perlukah kita untuk berkorban demi pertahankan kebahagiaan?

Dalam persimpangan ini, kumasih terus menanti dalam rasa keharuan.
Di manakah akhirnya?

*****

Didi,

Kyou otanjyoubi wo omedetou gozaimasu!

Saturday, February 04, 2006

Haruskah Kuterus...?

Nikmat itu satu ujian. Allah mahu melihat sama ada kita akan tetap ingatkanNya atau tidak. Sekali lagi pintu harapanku diketuk.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Menjalin persaudaraan itu suatu yang sukar bagi seorang aku lantaran terlalu banyak kenangan pahit yang merantai jiwa.

Aku ini seorang yang mudah menyayangi seseorang, terutamanya jika orang itu menunjukkan bahawa dia juga mengambil berat terhadap diriku. Cuma aku yang kurang pandai menilai sama ada ia benar-benar ikhlas atau sekadar lakonan.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Semua kawan yang mendampingiku kini bukan benar-benar mengambil berat akan diriku. Manakala semua sahabat yang benar-benar mengambil berat tentangku kini tidak mampu untuk mendampingiku.

Akulah kawan yang dicari pada masa mereka susah. Namun aku sering dilupakan pada masa mereka senang. Aku redha dengan keadaan itu kerana pasti ada hikmah aku diketepikan sebegitu.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Aku tak rela dipergunakan lagi kerana sebuah harapan. Aku tak rela terkorban jiwa dan raga lagi disebabkan sebuah harapan. Tapi peluang itu datang begitu jarang sekali.

Apai pernah memberitahu aku yang aku ini terlalu banyak memikirkan sesuatu yang belum pasti sehingga aku mengabaikan nikmat yang ada di hadapan mata.

"Just enjoy the moment…” katanya.

Haruskah kuterus atau membiarkan ianya berlalu?

Kali ini pasti akan kusematkan nasihat Apai itu dengan kejap di dalam hati ini agar dapat aku hargai setiap saat nikmat yang Allah pinjamkan padaku sebelum ianya ditarik kembali.
Kanarazu!

Friday, February 03, 2006

Mengapa begini?

Ahaks! Pelik sekali!

Aku merasa agak hiba ketika mahu meninggalkan tugas sebagai pengganti di seksyen yang paling aku benci.

Semuanya disebabkan dua perkara: perkenalanku dengan seorang ‘budak baik’ yang baru memulakan tugas di situ dan perkenalanku dengan sahabat kepada salah seorang pelanggan di seksyen tersebut.

Budak Baik berasal dari Kuala. Matanya yang coklat itu begitu mengingatkan aku kepada Pak Lang yang juga berasal dari tempat yang sama.

Dia bercita-cita melanjutkan pelajaran dalam bidang Perakaunan di mana-mana universiti tempatan. Namun harapan tersebut masih begitu samar baginya disebabkan kebanyakan tawaran menetapkan diploma sebagai syarat utama sedangkan beliau hanya berkelulusan STPM.

Ini tahun kedua dia memohon untuk mendapatkan tempat di menara gading. Aku doakan kejayaannya dan aku juga mendoakan agar iman serta peribadinya akan tetap utuh, malah agar dia sentiasa berada dalam Rahmat dan Redha Allah sehingga Akhir nanti.

Yang seorang lagi bagaimana? Aku belum berpeluang lagi mengenalinya dengan lebih dekat. Namun apa yang sudah kuketahui mengenai tugasnya cukup membuatkan aku gusar. Dapatkah aku menyesuaikan diri dengannya?

Pergerakanku begitu terbatas sedangkan dia pasti perlukan kebebasan untuk menjalankan tanggungjawabnya. Mungkinkah serasi persaudaraan kami ini? Aku berserah…