Friday, September 26, 2008

Kawasan bebas asap..?

Surau/Masjid kat tempat keja aku dah diisytihar...

 
Siap quote fatwa lagik tuh!

Camnepun, rokok ni sesuatu yang sukar nak give up. Walaupun tak buat terang-terangan, ada gak aku terhidu asap rokok masa singgah solat. Malah masih ada gak yang perasap selamba badak jer kat area ni...

Dou omoimasu ka...

Sunday, September 21, 2008

Mari memasak lagi...!

Dari dapur sebuah rumah di Kelana Jaya, sekali lagi kita bersiaran secara tertunda bersama Cik Ri!
*tepuk tepuk tepuk

Oh, thank you! Thank YOU! Awh...what can I say... (sambil tertunduk-tunduk buat lambaian ratu...)

Adik kakak abang sume, malam ni akaq teghingin bakaq kek! Erk! Biol kan akaq ni, orang lain sibuk dok amal ibadat bagai, akaq lak masak kek! Ah, lantak lar u-olls, kira akaq niat ibadat lar ni untuk bagi orang buka posa :P

Kek ni namanye kek hummingbird. Macam-macam depa speku nape namanye gitu tapi entah mana satu yang betul pun tak tau. Yang penting kek dia sedap u-olls!

Guru akaq, Puan Martha Stewart yang terkenal iteww selalu dok habaq yang 'baking is a science' jadi measurement bagai kena lar tepat u-olls! Tapi adakah akaq ikut? Dinch u-olls! Dapoq akaq tak lengkap segala-mala macam dapoq depa okey? Jadi akak taram je lar mana yang sesuai, boley??? Ape-ape pun, siapkan dulu bahan-bahan dia naa?


Siap bahan sume, start panaskan oven dalam 180 darjah Celsius giteww sebelum nak membancuh bagai.

Haa.. ni ler oven letrik yang membakar semangat akak untuk cuba buat kek macam-macam. Pasang suis, set suhu dan masa- tadaaa!!! Sedia dah untuk membakar kek u-olls! Tak macam zaman akaq muda-muda dulu nak kena kerat kayu api bagai (oopss, matii lar expose dah kertu!)...


Untuk bancuhan kek dia, mula-mula, campak 1 buku butter (250g), 2 cawan (yang boleh isi ayaq 250mL) gula haluih dan 2 sudu teh esen vanila dalam satu bekas yang sesuai.


Dah tu campoq pakai mixer sampai sebati, sampai gula dia hancoq.


Lepaih tu masuk 3 butir teloq, satu demi satu. Sambil tuh teruskan kacau dengan mixer.


Bila elok gebu masukkan lak 1 tin (300g) nenas hancoq yang dah dibuang sirapnye, 4 biji pisang saiz sederhana yang dah dipotong-potong dan kacang walnut yang dah dihancur kasar-kasar. 

Kendian gaul sampai sebati. Hat ni terpulang naa... kalau u-olls nak nenas dengan pisang tu hancur, teruskan pakai mixer. Tapi akaq gaul pakai senduk jer (matii lar lagi expose tangan sasa lak!)...


Akhir sekali masuk tepung (yang dah dicampoq 1/2 sudu teh garam dan 1 sudu teh baking soda) sedikit demi sedikit, gaul rata okey?


Siap! Tuang dalam loyang yang dah disapu butter dan ditabur tepung supaya kek u-olls tak melekat. Tuh tangan Mak akaq dok enterframe sebab tak tahan tengok akaq tuang tak abis saki baki bancuhan tuh!

Jadi dia tolong kikis sume kasi licin u-olls! Haiyoh! Nasib baik Mak akaq pompuan beriman, bukan pisau cukoq u-olls!



Bakaq pada suhu 180 darjah Celsius untuk 60 minit ye...

Dalam 45 minit giteww jengok-jengok lar kek yang dibakaq tuh. Mana lar tau ada orang lain dok gatai tangan tukaq suhu dia nanti tak ke bantat atau hangit kek u-olls tuh!

Inilah hasilnyer... Kek Burung Kelicap! Patut manis dia macam manis-manis buah giteww. Makan kena tadah baik-baik naa... memang berterabur punyer sebab lembut (macam tuan- *oopss! ...puan dia :P)...

Saturday, September 20, 2008

'Shopping' Raya...

Takde ler shopping sakan amenda sangat pun...

Sekadar beli bahan mentah sedikit sebanyak untuk keperluan rumah dan untuk Raya nanti. Takut lambat-lambat sangat kang abis...


Haa... ni lar dia target kitorang- Pasar Tani Kelana Jaya yang diadakan tiap Sabtu dari awal pagi sampai tengahari sajorkk!


Kaki tengah sakit nih! Tapi tetap lar gigih nak membeli barang-barang ni kan? Iye lar, dah namanya pun mak kan?

Lagipun Mak kurang puas ati dengan kualiti barang yang dibeli kalau bukan dia yang belek dulu...! :P
Daa...!

Friday, September 19, 2008

Puasa dan Kad Raya...

Posa aku tahun ini teruk sekali...

Dengan terumpatnya...
(banyak menda tak puas hati dengan pentadbiran, rakan sekerja etc. etc.)

Dengan marahnya...
(pelanggan yang tak reti bahasa dan tetap laaaa nak menang serta kucing kepala hitam yang kini semakin galak berkunjung ke rumah kala tiba hujung minggu)

Dengan maksiatnya...
(nape banyak benor orang can-do can-do lalu-lalang time posa ni??? bersih mata aku tau?!)


Tambahan lak sekarang dah tak dapat nak terima jemputan berbuka kat luar dah. Ciann Mak, sakit-sakit kaki jadi mintak teman gi tarawih.

Atas tu gambar Pak tengah solat sunat. Perasan tak dia diri menyenget? Pak tak nampak lama dah sebab glaucoma dan nampak gayanya balance dia pun dah off skit sekarang ni.

Ciann Mak Pak aku. Namun tetap tak mampu aku dapatkan pembantu untuk sama-sama jaga keluarga ni... :P


Pagi tadi kat Pejabat Pos, tengah khusyuk aku tampal-tampal setem kad raya, datang sorang bangla tanya aku mana satu borang Pos Laju. Aku pun tunjuk kat dia.

Lepas tu sorang apek lak tanya aku mana borang untuk kirim wang. Aku pun arah dia gi kaunter.

Memang muka aku ni layak penjaga kaunter kot?

Dan YA, aku masih menghantar kad raya. Dalam zaman moden serba canggih ni, dah takde keperluan sebenarnya...

...tapi entah lar. Maybe I'm just old fashioned. Atau mungkin aku berharap agar sedikit effort yang aku letakkan dalam mengirim kad-kad raya tersebut dapat diterjemahkan kepada rasa kasih sayang serta rindu aku pada member-member semua.

Adakah sia-sia?

Saturday, September 13, 2008

Mari memasak...!

Ye adik kakak abang sekelian, entry hari ni bersiaran secara tertunda dari dapur Cik Ri!
*tepuk tepuk tepuk

Makasih, makasihhh!!! U-olls, petang ni akaq nak masak tomyam campoq ye untuk berbuka! Merasa lar resepi yang sebenarnya simple campak-campak rebuih-rebuih jer akaq complicatedkan giteww...!

Okey ye... memula kita tengok apa kemendanyer bahan-bahan yang bakal jadi mangsa perioq akaq ni haa...


Tuh diaaa... lengkap naa? Ada ayam, daging, udang, cendawan, kobih bunga, lobak merah (nape tak dipanggil lobak oren akaq pun maleh nak speku...), tomato. Hat serai tu buat perasa jer u-olls, jangan feeling-feeling nak ratah-ratah lak nanti okey?


Haa... ni ler yang mak akaq dok bising 'takdo kojo, caghi kojo'! Kalau ikut resmi tomyam ni, jerang ayaq, masuk semua bahan-bahan kendian tunggu sampai gelegaq jer...

But nooo... akaq tetap nak feeling-feeling chef besaq kan, jadi akaq tumis dulu bawang besaq, bawang putih, serai dan daun limau.

Sapa-sapa biasa masak tuh sekali tengok tau yang akaq pakai daun limau kasturi :P Merasa lar pokok limau purut umah akaq dah mati kena timpa pagaq (umah sebelah tengah renovate u-olls, abis dia tolak tanah sume! Sentip!!!) jadi akaq mengemis daun limau kat jiran lagi sebelah tapi yang ada limau kasturi aje! Lantaq pi lar u-olls! Jap lagi nak berbuka dah, janji ada daun limau naa?


Bila bahan tumisan tu dah ala-ala layu dan naik bau giteww, masuk lar pulak segala ayam, daging yang dah disiang tadi dan biaq sampai kecut skit...


Dah tu masuk ayaq paip sampai hapus. Akaq letak garam skit dengan kiub stok ayam tiga suku ketui untuk bagi rasa kat ayam dengan daging yang bakal direbuih ni...


Tutup perioq, besaqkan api and biaq sampai dia gelegaq sat nanti naa?


Uih, tuh diaa... siap gelegaq, first thing make sure u-olls keluarkan daun limau tadi! Lama-lama nanti pahit lak sup korang tuh!

Kendian, masuk cendawan serta kobih bunga dengan lobak merah yang dah dipotong ikut saiz mulut. Lagi besaq mulut u-olls lagi besaq lar saiz dia, okey? Masukkan sekali cili padi naa? Terpulang lar kat u-olls nak banyak mana, sekadar lawas ke atau deras aje atau cirit-birit terus... 

Time ni gak biasa akaq tambah sedikit gula untuk balance masin garam tadi. Akaq tak reti sukat-sukat ni sebab biasa akaq tambah ikut sedap rase jer  tapi malangnyer petang ni, akaq masih sihat wal'afiat  tanpa keuzuran u-olls jadi nasib lar ye...


Lepaih tu, tutup balik perioq tu, kasi empuk sayoq-sayoran tadi ye? Kalau u-olls nak masak tomyam putih, cukup sampai hat ni jer...


Tinggal tambah ayaq perahan limau nipis dengan daun ketumbaq jer lagi. Tapi kan akaq dah habaq awai-awai tadi yang resepi akaq ni complicated kan, jadi harus lar tak nak berenti takat tu naa?


Akaq nak buat tomyam merah u-olss, jadi merasa lar tambah nam prig pao dalam dua camca besaq giteww!

U-olls jangan tak tau ye, nam prig pao ni akaq giling (baca sebagai blender) dan sediakan sendiri tau??? Berejam jugak ler nak menyiapkannye, tapi mujur akaq dah buat stok secukupnye baru-baru ni jadi tinggal cedok jer lar...

Kalau nak tau, menda ni lar yang depa dok jual kat kedai-kedai dengan nama tomyam paste tuh! Sapa-sapa rajin bole lar cari resepi dia kat internet ye :P


Siap akhirnye!!! Tutup api, masuk ayaq limau nipis dengan daun ketumbaq. Time ni kalau u-olls rase (Hepp!!! Awat? Tak posa ka! Tunggu buka nanti naa?) masih belum cukup perisa, kasi adjust dengan nam plaa (sos ikan) sampai puas ati u-olls. Pas tu, bole lah hidang untuk berbuka nanti naa?

Eh, sat...!!! Tadi macam nampak udang! Mana lak pi udang tadi ye? Ahaa... akaq saja-saja jer tak nak masukkan dulu u-olls. Nanti bila panaskan masa nak makan baru ler masuk udang tuh... Udang ni, kalau terover masak kang tak best lak!


Seterusnya, sebelum naik ke atas untuk mandi-manda dan berjangok bagai untuk berbuka nanti, akaq sebagai anak dara (dara ke...?) yang baik (bluekkk :P) pun mengemaih lar dulu dapoq tuh sampai bersih... (tengah kipaih saham bagi naik skit bole naa...? :P)

P.S. Entry ini untuk suka-suka sahaja, tiada persamaan dengan yang hidup mahupun separa hidup atau yang 'hidup segan mati tak mau'. Maafkanlah loghat utagha yang berterabur itu ye...

Friday, September 12, 2008

Masuk 'dock'...

Kamera ku sayang masuk dock akhirnya... :(

Selepas peristiwa dilanggar ombak PD, lens covernya kadangkala tersangkut.

Aku menghantarnya ke Sony Service Centre untuk dibaiki tetapi, atas nasihat perunding di sana, ku tangguhkan dahulu. Mereka mendapati bahawa kamera ku sayang, walaupun cacat, masih dapat berfungsi dengan baik. Tambahan pula lensa tersebut baru sangat diganti pada bulan November tahun lepas.

Walaupun diberikan temporary bill of health oleh pihak Sony Service Centre, kamera ku sayang akhirnya terpaksa akur pada tekanan tugasan hebat yang telah ku berikan kepadanya semasa Hari Keluarga jabatan ku 2 minggu yang lepas. Kini lensanya langsung tidak mampu diunjurkan.


Begitulah keadaan sedih lensa kamera ku sayang yang separa terdedah bahana penangan air laut PD.


Tidak cukup sekadar mereputkan spring pada lens cover, rupa-rupanya air laut durjana telah meresap jauh ke dalam lalu menghakis pendawaiannya. Perhatikan serdak hijau pada tapak lensa tersebut hasil interaksi natrium klorida dengan logam kuprum.


Walaubagaimanapun, setelah seminggu masuk dock, kamera ku sayang sudah boleh kembali beraksi di tahap optima! Lantas ujian mengambil gambar dengan fungsi auto dilaksanakan.

 Ujian fungsi manual turut memberi keputusan 'OK'. Walaupun 8 keping nota RM50 dari dompet ku tumbuh sayap dan terbang, aku mampu tersenyum puas!


Moral of the story:

Jangan mandi laut kat PD! Air laut di sana sudah mencapai tahap toksik maksima hingga mampu menghakis seperti asid!

Blueekkk! :P

Iyo lah tu! Lain kali kena jaga harta sendiri dengan lebih baik! Itu sebenarnya... hehehe!!!

Sunday, September 07, 2008

Driving Ma crazy!

Ma is currently experiencing aches and numbness in her right leg due to a pinched nerve. Therefore any driving has now been (supposedly) designated to me, BUT...


...Ma just can't bear my driving!!! Sure I've chauffeured people around before but so far none have made it heard or even felt as if I was the most incompetent kopi-O license holder in Malaysia! She found fault in every move I made when in fact she herself will coolly execute those same 'moves' when behind the wheel :P. 

Finally, she decided (vetoed) that pain or no pain, she will do her own driving, thank you very much! Besides, my Ma really loves driving :)

P.S. By the way, the picture was taken on my trip back from Terengganu and has nothing whatsoever to do with this article except that it's the only 'driving' related picture currently available on my iMac, :P hehehe...

Monday, September 01, 2008

A visit to the dead...

A cousin passed away before he could meet Ramadhan once more...

This is not so much a tribute to him (since we were never close either personally or in age) as a record of my first time attending a night time burial.


Above, one can actually see KL Tower and the Petronas Twin Towers from the graveyard. Forgive the low quality of the photos. They were taken using my W880i and there's only so much the poor thing can do :P

Due to some malfunction, the entire proceeding was lit only by the headlight of a motorbike and a couple of torchlights. His grandson watches as dad and various relatives covers the grave with soil.

It was rather surreal. He was dead but the living has got to go on living.

May Allah bless his soul until eternity- al-Faatihah...