Thursday, May 05, 2011

Kurnia ini...

Wad 5B, katil No. 4.

Terbaring dia di situ sendiri.

Ada kalanya terbayang kesakitan di wajahnya.

Aku hiba.

Namun ku usaha kuatkan semangat, menguntum senyuman
kerana seberat mata memandang, jauh lebih berat bahu yang memikul.

Oleh itu
dalam masa yang diberikan ini
biarlah aku menjadi sandarannya.
Jauhkan aku daripada sikap pentingkan diri aku yang dulu!

Kini dia di rumah, bercuti sakit hingga pertengahan bulan.

Aku doakan agar dia akan baik-baik sahaja, terus-menerus
kerana itu sahajalah kemampuan aku ketika ini...

Rindu tak semestinya bersambut
Sayang tak semestinya berbalas
Cinta tak semestinya bersatu

Namun telah dikurniakan kepadaku perasaan sayang dan rindu ini padanya
maka ku bersyukur
aku redha
dan aku terima.
Pasti ada hikmahnya!

Suatu masa nanti
mungkin dapat aku merenung kembali ke saat ini dan tersenyum
kerana aku telah dapat berbakti kepada seseorang
serta mewarnai hidupnya agar lebih ceria (harapnya begitulah)

Atau mungkin suatu masa nanti
aku hanya perlu merenung ke sisiku
tepat pada wajahnya
dan tersenyum...

2 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

jaga diri bebaek ek~

Ri said...

i will, thanks shin...