Thursday, January 26, 2012

Ubat itu Racun itu Ubat


Situasi 1
Doktor, saya sakit ...
Okey, saya bagi ubat ni.

Pas tu ada lak rasa macam ...
Ni lagi satu ubat untuk tu.

Kadang-kadang jadi ...
Iye? Haa... ni ubatnya.


Situasi 2
Doktor, saya sakit ...
Pas tu ada lak rasa macam ...
Kadang-kadang jadi ...

Mengikut tanda-tanda yang ada, ubat ni patut boleh legakan sakit encik/puan.
Yang lain-lain tu sekadar terbitan daripada sakit tu. Ubat tak diperlukan.
Tapi kalau encik/puan rasa ia mengganggu keselesaan, saya boleh cadangkan beberapa petua...


Situasi mana yang lebih anda ingini? Terpulang pada individu sebenarnya.

Malangnya, majoriti rakyat Malaysia telah 'diasuh' untuk mengharapkan bekalan ubat setelah berjumpa doktor dan persepsi ini amat sukar diubah.

Dan setan gondol paling besar yang merupakan musuh kepada semua healthcare providers adalah syarikat pembekal (sila baca sebagai 'penjual') ubat / peralatan medikal itu sendiri.

Layanan yang diberikan mampu membuai keikhlasan berkhidmat. Ramai yang dikaburi tanggapan bahawa apa yang dibuat itu bakal memberi manfaat kepada pesakit.
Sambil itu, diri juga mendapat manfaat seiring dengan kebaikan yang bakal dibuat. HaaAAKh-ptui!

Namun begitu, mereka tetap menjadi necessary evil kerana ada masanya ubat tetap diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada rawatan.

Sekadar hiasan- gambar zaman muda-muda dahulu :P No, I am NOT a doctor.
To coin the phrase of a colleague, "I'm just another certified drug pusher,".

Artikel ini peringatan untuk diri sendiri dan juga kepada mana-mana healthcare provider yang terserempak dengannya.

3 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

terima kasih doktor~

#senyum manis

Snuze said...

Nak ubat KK!

*snerk*

mazwanj said...

*dtg singgah..haha