Monday, July 05, 2004

Bapak dan pouch aku

Bapak sound aku pasal pouch yang aku pakai. Banyak sangat kes ragut sekarang ni katanya.

Takde ke cara nak sorokkan pouch tu? Kalau pakai kat luar macam tu akan menarik minat peragut,”

Dah namanya pouch, aku sorok dalam baju camne pun masih terbonjol gak benda tu! Statement Bapak tu telah amat amat menakutkan aku, especially since daripada pengalaman aku, mulut Mak, Pak aku ni biasanyan tersangat le masinnya.

So tanpa sedar aku telah over react terhadap kenyataan Bapak tu. Kesian Bapak. Tapi orang yang ketakutan dah tak pandang kanan kiri dah. Orang yang ketakutan akan buat apa saja untuk mengelakkan diri daripada perkara yang menakutkannya, walaupun sekadar sebuah kenyataan.

Pak, minta maaf banyak-banyak. Ri sedar Bapak hanya mengingatkan kerana Bapak ambil berat kebajikan Ri. Ri akan sorokkan pouch tu sedaya-upaya, walaupun Ri takde idea dah nak sorok camne lagi pouch tu selain daripada tutup dengan baju je.

Hai… lepas ni perlu buat positive thinking banyak-banyak supaya dapat menjauhkan perkara yang tak diingini. Amin!

No comments: