Sejak sebulan yang lalu, sekali lagi aku kelemasan dek arus kehidupanku sendiri.
Segala-galanya kugapai agar aku tidak tenggelam sehingga mengabaikan bahawa mungkin ada yang disakiti atau dicederakan dalam usaha menyelamatkan diriku itu.
Walaubagaimanapun, usahaku sia-sia belaka. Aku kecundang jua akhirnya lalu terus terbenam ke dasar yang kelam tidak kelihatan. ‘Hayat‘ Ri yang ada sekarang ini berakhir di sini.
Ampunkan aku, ya Allah, sekiranya aku lalai dalam ingatanku terhadapmu.
Maafkan aku, wahai teman-teman, sekiranya aku melukaimu.
Aku percaya Dia benar-benar pernah mengingini dan menyayangi diriku. Sedangkan aku masih dan akan terus menyayangi Dia bagaikan saudaraku sendiri. Namun beginilah ketetapan Allah. Aku hanya mampu akur dan berserah.
Semoga kita semua akan diketemukan kembali suatu masa nanti dalam Redha dan RahmatMu ya Allah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment