Ujian itu pasti datang dalam perhubungan seseorang insan. Jadi perlukah lagi ujian tambahan untuk menduga keikhlasan dan kesabaran seorang kawan?
Aku sangat terkilan. Aku yang asalnya sangat ingin bertemu dengannya kini merasa apprehensive. Aku bimbang, hilang keyakinan.
Mampukah aku bersamanya dalam susah dan senang? Daripada reaksiku semalam, nampaknya memang aku tidak mampu. Sedang dia berpuas hati mendapatkan jawapan, aku merasa kecil hati kerana dia langsung tidak meletak kepercayaan kepadaku.
Aku berkawan dengannya untuk mencari ketenangan sebenarnya agar meredakan gelora di hati.
Tapi kini aku merasa seolah-olah tertekan. Mengapa perlu aku diuji sedemikian rupa? Tidak bolehkah kita membiarkan masa dan keadaan menentukannya?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Jangan terlalu meletak harapan, sayang. Kelak akan hampa. Manusia itu dizahirkan tidak sempurna; pasti meluka dan dilukakan. Kerana harapan yang disandar kepada ciptaan Yang Maha Esa selalunya membawa kepada kesedihan.
Hanya Yang Maha Berkuasa tidak akan menghampakanmu.
Post a Comment