Aku yang ajak Abang Li dan Didi keluar hari tu. Mula-mula teman diorang cari buku rujukan landscaping. Sempat gak mengusha sorang dua kat Kinokuniya tu, ubatkan hati. Leka tengok buku sampai Maghrib.
Lepas solat, Abang Li sound aku,
“It’s your event. Where do you want to go?”
Cadang nak belanja diorang makan kat Chakri Palace. Cik Easy yang rekomen. Tapi aku minta pandangan Abang Li sebab aku tau recommendation dia takkan kurang hebatnya.
Kami berlalu dari situ menuju Starhill. Abang Li biasa dengan tempat tu. Aku dengan Didi layak rusa masuk kampung. Tiba di tingkat bawah Starhill, aku jadi rambang mata. Seperti kata Pakcik Astro, “Macam-macam ada…”
Hati terpaut dengan suasana kat Shook. Ada house band sedang menghiburkan para tetamu dengan lounge music. Mohon meja untuk 3 orang kat smoking section pada maitre’d sebab Abang Li layak serombong asap.
Pelayan kami orang baru, budak Sarawak berumur 21 tahun. Pengalaman kerja sekadar sebulan setengah. Kesian gak tengok dia terkial-kial melayan kami yang rajin menanya itu ini. Kena marah lak dengan Kapten dia sebab lembab melayan kami.
Walaupun gitu, entah nape, aku rasa semua ni memperkaya lagi pengalaman malam ni. Aku rasa teruja walaupun hati lemas dibalut rindu yang takkan ada pembebasnya.
Kami memesan makanan layak orang kaya. Appetizer, soup, main course dan dessert, semuanya lengkap. Bahkan apabila Didi memilih lobster sebagai hidangan utama pun aku buat cool aje. Siap cadang kat Didi lagi bahawa lobster yang asyik tergedik-gedik nak melepaskan diri dari tangki tu le yang paling layak dibuat santapan.
Nak kata makanannya sedap amat, membohong le aku, sebab semuanya disediakan mengikut selera orang putih yang agak bland. Tapi pengalaman menjamu selera di situ cukup berbaloi dengan jumlah wang yang terpaksa kami belanjakan (merasalah hidangan lobster Didi sahaja dah mencecah RM250++).
Yang pastinya, andai murah rezeki kami, aku akan mengajak Abang Li dan Didi ke sana lagi.
No comments:
Post a Comment