Huhu… aku yang sekarang main bola tau.
Alah, sekadar suka-suka tendang bola jer, bukan aku reti pun. Tapi member bola aku sume terer-terer oo… nampak le segala macam skill yang dah lama terpendam, yang menunjukkan diorang pernah ligat beraksi sebagai bintang bola sepak suatu masa dahulu.
Seronok tengok diorang main bola. Nampak happy walaupun keletihan. Aku tumpang gembira jer, sekadar cukupkan korum. Mujur diorang sume sporting. Aku fumble camne pun diorang relek jer :).
Sebelum ni kitorang sibuk main badminton. Tapi kitorang alih kepada bola lak sebab boleh hadkan masa. Maghrib dah kena berenti. Kalau badminton, lepas Maghrib bole sambung lagi sebab main kat indoor court yang terang benderang. Lepas tu kitorang gak yang kepenatan dan sakit-sakit badan esoknya padahal nak kena gi keja.
Hmm… apa tujuan aku tulis menda ni? Sebenarnya sebagai tanda ingatan, kerana keadaan takkan selalu camni. Jadi baik aku abadikan dalam catatan maya aku ini sebagai salah satu kenangan terindah…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment