Entah mengapa, kala hendak pulang daripada kelas piano aku tiba-tiba berasa pilu dan sepi yang amat sangat.
Usai solat Maghrib, aku pantas menuju ke tempat letak motosikal. Palm telah ku setkan untuk memainkan beberapa lagu pilihan lantas aku merempit tanpa tujuan (mimpi ler aku nak merempit! bawak pun takat 80 jer… : P).
Namun di luar sedar, aku telah tiba di kawasan kediaman Budak Baik. Aku kini terlalu segan untuk memohon masanya lebih daripada apa yang dia telah berikan padaku. Aku dah terlalu terhutang budi dengannya dan telah membebankannya melampaui yang patut, jadi aku tidak menghubunginya.
Aku mengambil keputusan untuk ke Masjid Wilayah sahaja akan tetapi kudapati aku tidak dapat mengingat jalan untuk ke sana. Maka aku pun berlegar-legar di jalan raya sehingga waktu Isya. Aku perlu pulang.
Aku halakan kenderaanku menuju ke rumah dengan hati yang begitu berat…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Salam..
Maaf aku datang tanpa diundang, tapi aku mungkin akan pergi sederas aku datang.
Menarik.. Terpanggil aku untuk aku mencoretkan beberapa madah untuk renungan ko sebagai saudara seIslam.
Persahabatan.. Kedengaran mudah tapi sukar. Rasa cukup, tapi sifar. Ingin mengenali, tapi sepi. Ingin memberi tapi takut. Itulah KOSONG. Dan jawapan terbaik bagi persoalan adalah "sendiri lagi.."
Penawarnya.. Tanya diri, mengapa dipendam rasa? Apakah yang dilakukan sekarang berbaloi? Bertambah dekat atau bertambah jauh persahabatan yang dibina?
Jadi.. Nasihat aku kepada ko wahai hamba ALLAH yang kerdil,CUBA lah, nescaya dengan itu Insya-allah persoalan di atas akan dapat dijawab dengan positif.
Mencuba.. Tidak salah, malah jika membuahkan hasil, untung. Jika sebaliknya mungkin ada hikmah, yakinlah.
Akhir kata dari aku.. Percaya dan kenallah diri ko. Nanti ko akan tahu ape yang ko patut lakukan.
Wassalam..
[Agung]
Post a Comment