Monday, July 18, 2011

Jalan-jalan Floria 2011

Hah! Layan le gambo-gambo merepek aku ni.
Memula ingat nak letak lirik lagu macam biasa... tapi tetiba rasa rajin lak nak meng'explain' :P

Oh, ya! Lensa yang digunakan untuk merakam tiap detik berikut adalah Tamron 17-50mm, f2.8 atas ihsan Manben. Tima kasih bebanyak!

Pehal ni? Takde pehal... Just can't resist the image of BK's logo side by side with McD like that.

Mesti korang pikir "What the hell..?" dengan gambo ni kan? Takde apa 'hell' pun. Bagi aku nampak macam menarik je...

Kalau dah lama baca blog ni la... mesti korang dah perasan yang aku minat amik gambo orkid.

Telah diterangkan oleh ayat sebelum ini.

Oh, aku suka layan muzik asli / tradisional live camni.
Cuma group ni aku nampak kurang semangat skit... except makcik hujung belah kanan tu- beria dia pukul gong sebelah tangan, sebelah tangan lagi dok goyang tambourine! Ewah!
Kalau aku tepuk tangan pun sebab dia lah!

Bonsai pun aku suka. Teringin sangat sangat nak bela sebatang.
Tapi nak maintain dia, ya Rabbiy... baik aku maintain apa yang aku mampu dulu :P

Aku tak pasti ni pokok orkid ke atau salah satu pokok jenis periuk periuk tu.
Bunga dah macam orkid atau lili. Tapi periuk dia bukan lak saiz untuk kera biasa. Hmm..

Sabor je aku tunggu area tu clear nak amik gambo daun tingkap bewarna ni. Elok-elok aku framing, masa snap tu la pulak minah sorang ni masuk bergambo kat situ!
Ish!

Seronok tengok brader-brader jual aiskrim ni dok barter aiskrim untuk souvenir yang disimpan dek sekumpulan minah penjaga pameran.

"Aku bagi ko double scoop dengan sprinkles, ko bagi la headband tu banyak-banyak skit!"

Nak menunjukkan betapa busy nye gerai orkid ni. Tapi entah camne, tak nampak lak busy...
Fail!

Dull sungguh! Bila amik gambo, begini lah hasilnya.
Aku takde idea nak setting camne lagi dah tapi percayalah- kalau tengok dengan mata kepala sendiri, display pokok-pokok ni teramat sangat cantik!

Marching band Sekolah Menengah Jalan Cochrane.
Rasanya memang tiap kali Floria diorang ni macam dah tempah slot untuk persembahan kot. Sebab biasanya organiser akan panggil pemenang marching band tahun tu untuk buat show.

Sanggup aku buang masa 15 minit kat pameran indoor ni semata-mata nak dapatkan gambor buih sabun sebijik.
Sedih kan u-olls???

Budak penjual belon.
Betul-betul tang entrance ke tapak pameran. Memang korang sebagai mak bapak kena sangat bersedia untuk cabaran ini.

"Nak gajah!"
"Nak Upin Ipin!"
"Nak BenTen!"

Adehhh... melayang! Hahaha!

Terpaksa balik awal atas permintaan 'ramai' (baca sebagai 'mak pak aku') :P
Pemandangan senja dari stesen ERL Putrajaya...

Sebab tak dapat stay sampai acara kemuncak waktu malam so tak dapat la nak bagi verdict, best ke tak best Floria tahun ni.

Cuma aku leh kata ada kureng skit tang daytime exhibits dan events dia berbanding tahun lepas. Mebbe sebab focus pada night-time?

Entah la, drebar shuttle bus pun komplen. Hmm...

K, bai.

3 comments:

i'm shin... i'm inesen said...

lawanya amek gambo

naz said...

Nice pictures, awesome composition.
*gasp* buih sabun gak!!! hehehe

Ri said...

tima kasih semua :)

alhamdulillah kerana ciptaan Allah sedia cantik

dan jazaakaLlah atas perspektif cikgu Redza d'Reyanz yg sangat banyak membimbing