Friday, July 29, 2011

Ketibaan / Ceria

Ramadhan bakal tiba- sempatkah ku menemuinya?


Ini salah satu usahaku
untuk mendapatkan kemaafan
daripada setiap insan yang pernah berinteraksi denganku
sebelum ia tiba

Buat pembaca yang disayangi
baik yang Muslim mahupun bukan

Maafkan segala salah silapku
sama ada sengaja atau di luar sedarku

Harapnya
dibukakan hati oleh Allah
untuk memaafkan diri ini sepenuhnya

Bagi yang Muslim
aku berharap agar kita sama-sama
dapat melalui ibadah puasa dengan tenang dan jayanya insyaAllah...

aamiin

___________________


Daripada catatan di ruangan bukumukanya
Aku pasrah bahawa
hatinya telah diberi kepada insan lain

Namun sebagaimana aku
Dia juga seperti bertepuk sebelah tangan

Kerana
Cinta itu bukanlah kemahuan fikiran

Tapi mungkin peluangnya lebih cerah
kerana Dia sentiasa dapat mendekati insan pilihannya itu

Text yang ku kirim
dibalas juga akhirnya

Ya
Dia baik-baik sahaja
cuma keletihan lantaran overtime yang kerap

Mood ku yang sebelum ini suram
kembali cerah

Cukuplah bagiku
asal Dia sihat, selamat dan sejahtera

Cukuplah
alhamduliLlah

2 comments:

naz said...

Selamat berpuasa... (",)

Harris Shah Abd Hamid said...

Selamat berpuasa Ri. May this be the best Ramadhan for you yet.